Siakap Keli
Wanita masak nasi dalam kereta api
Kredit TikTok

Wanita Bawa Periuk, Selamba Masak Nasi Dalam Kereta Api

Wanita Bawa Periuk, Selamba Masak Nasi Dalam Kereta Api

Nasi adalah merupakan makanan ruji bagi kebanyakan orang khususnya mereka yang berada di Asia.

Makanan yang mampu mengenyangkan perut itu malah menjadi pilihan oleh ramai orang apabila melancong ke luar negara, terutamanya bagi negara-negara barat yang tidak menjadikan nasi sebagai makanan utama.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila dia telah bertindak memasak nasi menggunakan periuk nasi di dalam sebuah kereta api laju.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika wanita itu menaiki kereta api berkelajuan tinggi di Chongqing, China.

Memetik MSNews, soket elektrik yang terletak di bawah tempat duduk kebiasaannya tidak sesuai untuk menampung kegunaan elektrik bagi peralatan seperti periuk nasi.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh seorang pengguna TikTok dan kemudiannya bertindak berkongsikan berkenaan kejadian kepada umum.

Rakaman video itu menunjukkan aksi seorang wanita yang mencedok nasi dari periuk nasi. Periuk nasi itu diletakkan olehnya di atas meja di hadapan seorang lelaki yang duduk di sebelahnya.

Kredit TikTok

Berdasarkan perbualan di dalam rakaman itu, kedua-dua wanita dan lelaki tersebut dipercayai merupakan sepasang suami dan isteri.

Menerusi rakaman video itu lagi, wayar yang berada di belakang periuk nasi berkenaan menunjukkan bahawa ia mungkin dikuasakan oleh pengecas tempat duduk.

Kredit TikTok

Perkara itu menyalahi undang-undang dan boleh mendatangkan risiko keselamatan

Menurut laman berita Sohu, tindakan wanita itu dikatakan telah menyalahi undang-undang.

Selain itu, terdapat kebimbangan risiko keselamatan apabila menggunakan periuk nasi ke soket kuasa tempat duduk kereta api tersebut.

Soket berkenaan kebiasaannya bertujuan untuk mengecas peranti elektrik seperti komputer riba dan telefon bimbit.

Periuk nasi menggunakan tenaga elektrik yang tinggi dan mungkin boleh menyebabkan soket terbakar. Ia juga mungkin boleh mengakibatkan gangguan kuasa pada kereta api berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi pelbagai berkenaan aksi wanita terbabit.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Pada usia 42 tahun. Saya sangat faham keperluan untuk itu,” tulis seorang netizen yang memahami keperluan untuk makan nasi apabila sedang melancong.

“Jangan tinggalkan rumah anda tanpa periuk nasi,” tulis seorang netizen yang bergurau.

“Masakan di rumah tidak boleh di tukar ganti,” tulis seorang lagi netizen.

Sumber: MSNews, TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.