Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Pekat, Penuh Aroma, Lelaki Kongsi Petua Masak Sambal Nasi Lemak Guna Daun Kari
Tidak lengkap rasanya pagi sebagai rakyat Malaysia tanpa menyantap nasi lemak. Hidangan yang lazimnya digandingkan dengan sambal, telur rebus, ikan bilis goreng yang rangup dan kacang tanah menjadi pilihan berikutan mudah untuk disediakan.
Jangan tak tahu, nasi lemak sudah diiktiraf UNESCO sebagai makanan tradisional santapan pagi rakyat Malaysia.
Kebiasaannya,hidangan yang ringkas dan mudah disediakan ini sering dihasilkan dengan kaedah yang hampir sama. Jarang sekali kita lihat resipi membuat sambal nasi lemak yang menggunakan bahan tambahan lain, apatah lagi daun kari.
Namun, itulah resipi unik memasak sambal nasi lemak ibu mertua kepada seorang pengguna Facebook, Selvakumar Arunasalam.
“Cara mak mertua saya buat nasi lemak, dengan kisar semua supaya sambal dia pekat dan power,” kongsinya di awal bicara.
Ikuti resipi sambal nasi lemak perkongsian lelaki berkenaan dengan terperinci di bawah.
Resipi sambal nasi lemak istimewa ini memerlukan bawang merah, bawang putih, halia, tomato dan daun kari.
“Bahan kisar ni boleh juga digunakan untuk masakan yang kuah dia kena pekat. Contoh macam kari, sambal mahupun masak kicap,” kongsinya.

Selepas kisar semua bahan di atas, sediakan pula ikan bilis. Kisar kasar dengan sedikit air, kemudian ketepikan.
Selain itu, sediakan sedikit belacan dan beberapa helai daun pandan.

Perkara pertama dan paling penting dalam resipi ini ialah anda perlu tumis ikan bilis terlebih dahulu.
“Satu lagi benda mak mertua saya buat adalah kisar ikan bilis secara kasar dengan sedikit air, tumis dulu, baru letak hasil kisar bawang dan kawan-kawan dia tu,” pesan lelaki berkenaan.

Selepas menumis ikan bilis, tuangkan bahan kisar dan tumis bersama.

Setelah siap menumis ikan bilis bersama bahan kisar, masukkan pula cili kisar dan sedikit belacan, jika mahu.
Menerusi perkongsiannya, lelaki tersebut turut memberikan beberapa petua tambahan.
Bagi anda yang sukakan sambal dengan warna merah menyala, lelaki berkenaan mencadangkan untuk menambah sedikit serbuk cili.
“Kalau nak kuah lebih, tambah air panas. Jangan tambah air sejuk,” titipnya.
Kemudian, masukkan pula daun pandan yang telah disimpulkan.
“Jangan lupa letak daun pandan ye. Takde pandan, takde nasi lemak. Siapa buat nasi lemak tak letak pandan, korang tidak boleh dimaafkan,” seloroh lelaki berkenaan.

Akhir sekali, masak sambal sehingga pecah minyak.

Sambal daun kari nasi lemak pekat, penuh aroma dah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Selvakumar Arunasalam