Siakap Keli
elon musk bidas mark zuckerberg
Kredit AFP, Twitter

“Bersaing Tak Mengapa, Menipu Itu Tidak,” Elon Musk Bidas Mark Zuckerberg Kerana Threads

“Bersaing Tak Mengapa, Menipu Itu Tidak,” Elon Musk Bidas Mark Zuckerberg Kerana Threads

Elon Musk mendakwa Meta telah menipu dalam pembangunan aplikasi terbaru Threads yang menjadi tarikan utama pada masa ini.

Memetik Mint, Elon Musk telah memuat naik satu ciapan berkenaan dakwaan tersebut sebelum ianya menjadi tular di media sosial.

Dalam pada itu, berita berkenaan wakil peguam Twitter yang menghantar surat ancaman kepada Mark Zuckerberg juga telah tersebar di dalam talian.

Aplikasi terbaru itu telah menyaksikan pelancaran yang sangat berjaya, selepas Mark mendedahkan bahawa lebih 10 juta pengguna telah mendaftar dalam tempoh tujuh jam pertama.

“Persaingan itu baik, menipu itu tidak,” tulis hantaran ciapan Elon Musk.

Ciapan itu telah mendapat tarikan dengan lebih 5.1 juta tontonan, 119K tanda suka dan 12.6K ‘retweet’.

Twitter mengancam bakal mengambil tindakan undang-undang

Semalam, portal berita Semafor melaporkan bahawa Twitter telah mengancam bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Meta Platform.

Alex Spiro, peguam yang mewakili Twitter, mendakwa Meta secara tidak sah telah menggunakan rahsia perdagangan Twitter dan harta intelek lain.

Mereka juga mendakwa bahawa Meta telah mengupah bekas pekerja Twitter untuk mencipta aplikasi ‘copycat’ tersebut.

“Twitter berhasrat untuk menguatkuasakan hak harta inteleknya dengan tegas. Serta menuntut Meta mengambil langkah segera untuk berhenti menggunakan sebarang rahsia perdagangan Twitter atau maklumat sulit lain,” tulis Spiro dalam surat berkenaan.

Selain itu, surat tersebut juga menyatakan hak syarikat untuk mendapatkan remedi sivil atau pelepasan injuksi.

Beliau menambah bahawa surat itu menandakan “notis rasmi” untuk Meta bagi memelihara dokumen berkaitan dengan potensi pertikaian antara syarikat.

BACA: Dakwa Langgar Hak Harta Intelek, Twitter Ancam Saman Meta Kerana Threads

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Linda Yaccarino bagaimanapun tidak mengulas secara terbuka mengenai surat tersebut. Namun beliau sempat memuat naik satu hantaran berkenaan pelancaran Threads tersebut pada Khamis lalu.

“Kami sering ditiru, tetapi komuniti tidak boleh ditiru,” tulis Yaccarino.

Sementara itu, Threads telah memperoleh lebih 30 juta pendaftaran akaun dalam tempoh kira-kira 18 jam selepas pelancarannya.

Platform baharu Meta itu dikatakan telah muncul sebagai ancaman utama kepada Twitter milik Musk kerana aplikasi itu menggunakan aksesnya kepada berbilion pengguna Instagram dengan ciri yang sama dengan pesaingnya.

Sumber: Mint

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.