Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
c.a.p teen top potong rumput
Kredit: Youtube

Tinggalkan Dunia K-Pop, C.A.P Teen Top Bahagia Jadi Tukang Potong Rumput

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Tinggalkan Dunia K-Pop, C.A.P TEEN TOP Bahagia Jadi Tukang Potong Rumput

Ketika kumpulan lamanya sedang aktif mempromosikan album terbaharunya, bekas penyanyi idola, C.A.P TEEN TOP memilih untuk menjadi seorang tukang potong rumput.

Sejak mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia glamour, C.A.P mengakui kini lebih bahagia walaupun menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Difahamkan, C.A.P atau nama sebenarnya, Bang Minsoo memilih mencari rezeki sebagai tukang potong rumput secara sambilan dan menerima upah antara USD 30 – 50 sehari.

C.A.P TEEN TOP bahagia jadi tukang rumput

Kehidupan terkini C.A.P mula diketahui umum apabila dia muncul dalam satu episod program Youtube popular, All About Job pada 4 Julai lepas.

Program berkenaan menjadi pilihan utama peminat K-POP untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh idola-idola mereka selepas meninggalkan dunia seni.

Menurut C.A.P, sejak berpisah daripada kumpulannya, dia aktif sebagai pencipta kandungan Youtube. Manakala kerjaya sebagai tukang potong rumput sambilan itu pula hanya bermula pada awal tahun ini.

Menerusi video berkenaan, C.A.P dilihat masih mengekalkan fizikal sebagai seorang bintang K-POP. Cuma, dia kini menyarung baju yang berbeza daripada kebanyakan baju-baju mahal dipakai artis-artis terkenal Korea Selatan.

Dia juga berkesempatan berkongsi serba sedikit apa yang dilakukannya sebagai seorang tukang potong rumput sambilan. Misalnya, dia berkongsi persediaan-persediaan yang dibuat sebelum memulakan tugas. C.A.P juga berkongsi secara terperinci bagaimana dia melaksanakan semua tugasan yang ditetapkan.

Manakala pesanan untuk mendapatkan khidmat memotong rumput pula diterima menerusi satu aplikasi telefon bimbit.

Ujarnya lagi, pekerjaan sebagai tukang rumput sambilan sangat lumayan dan mendapat permintaan yang tinggi, terutamanya di kota-kota besar.

Setiap bulan, dia mampu meraih pendapatan sehingga RM 3,757 hanya melalui kerja-kerja sambilan tersebut.

“Ada baiknya jika kita memiliki satu kemahiran yang luar biasa, misalnya kemahiran memotong rumput. Ini kerana ramai yang tinggal di bandar-bandar tidak tahu pun cara hendak memotong rumput. Ramai yang tidak tahu, jadi kos mendapatkan perkhidmatan ini agak mahal,” katanya.

Ketika diajukan soalan sama ada dia masih merindui kemewahan dan populariti kehidupan lampau, C.A.P berkata itu semua sudah tidak penting lagi.

Menurut C.A.P apa yang menjadi keutamaannya ketika ini adalah kebahagiaan dan ketenangan dalam menjalani kehidupan.

“Dulu, pendapatan saya lebih daripada apa yang saya dapat hari ini sebagai pemotong rumput sambilan. Tetapi, semua itu tidak penting. Saya bahagia ketika ini,” katanya.

Terdahulu, C.A.P mengambil keputusan meninggalkan kumpulannya selepas dilanda kontroversi berkenaan penggunaan perkataan dan kelakuan tidak wajar.

BACA: Nak Padam Akaun Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

Sumber: Kpop Startz