Siakap Keli
Vietnam banned filem barbie
Kredit Twitter

Vietnam “Banned” Filem Barbie Gara-Gara Peta “Nine-Dash Line”

Vietnam “Banned” Filem Barbie Gara-Gara Peta “Nine-Dash Line”

Filem ‘Barbie’ lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling dilaporkan telah diharamkan daripada ditayangkan di Vietnam, lapor CBS News.

Ketua Jabatan Pawagam, sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pelesenan dan penapisan filem asing berkata: “Kami tidak memberikan lesen untuk filem Amerika ‘Barbie’ ditayangkan di Vietnam kerana ia mengandungi imej yang menyinggung “nine-dash line.”

Maklum balas Vietnam terhadap penggambaran filem ‘Barbie’ tentang Laut China Selatan menunjukkan betapa sensitifnya perkara ini di Asia Tenggara, terutamanya bagi Vietnam.

Kredit Twitter

Apakah “nine-dash line”?

Laut China Selatan mempunyai sejarah yang panjang untuk dibincangkan.

China dan Vietnam dikatakan pernah terlibat dalam pertempuran tentera ke atas Kepulauan Paracel dan Spratly di Laut China Selatan pada tahun 1974 dan 1988.

Pertikaian tersebut adalah mengenai tanah, tetapi baru-baru ini tumpuan itu telah beralih kepada tuntutan ke atas pelantar benua dan zon ekonomi.

Sejak akhir 1940-an, China telah mempromosikan apa yang dipanggil sebagai ‘nine-dash line’ di Laut China Selatan.

Seperti yang digambarkan dalam pelbagai peta rasmi dan tidak rasmi China, garisan itu dikatakan memanjang di luar pantai Pulau Hainan, China dan dekat dengan pantai Vietnam. Kedudukan itu jauh ke Laut China Selatan dan mengepung Kepulauan Spratly.

Ia juga berhampiran dengan pantai Malaysia dan Brunei. Garisan itu berpusing ke barat Filipina dan berakhir di selatan Taiwan.

Garisan itu telah lama menjadi spekulasi dan rebutan oleh beberapa negara di Asia Tenggara.

China tidak pernah menyatakan secara eksplisit tentang perkara yang termasuk dalam tuntutan itu tetapi ia gigih berusaha untuk memajukan tuntutan tersebut.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Terutamanya sejak Malaysia, Filipina dan Vietnam yang mula memajukan tuntutan mereka sendiri untuk bahagian Laut China Selatan.

Penyerahan bersama Malaysia dan Vietnam pada 2009 kepada PBB mengenai tuntutan Had Pentas Benua ke atas pelantar benua di Laut China Selatan telah mencetuskan kontroversi.

Tuntutan itu telah mendapat respon diplomatik rasmi kepada PBB dengan mendakwa mereka mempunyai kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan.

“China mempunyai kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan ke atas pulau-pulau di Laut China Selatan dan perairan bersebelahan. China juga berhak dalam bidang kuasa kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan ke atas perairan berkaitan serta dasar laut dan tanah bawahnya,” kata respon China tersebut.

Bagaimanapun, itu bukan pandangan yang diketahui atau dikongsi oleh masyarakat antarabangsa. Sejak itu, suruhanjaya tersebut telah menjadi medan pertempuran de facto undang-undang untuk pelbagai pandangan mengenai ‘nine-dash line’.

Pada 2016, Tribunal Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memutuskan sebulat suara bahawa tuntutan China tidak berasas.

Kenapa peta menjadi kontroversi?

Peta mencerminkan sifat kebangsaan yang kritikal bagi sesuatu wilayah di dunia ini.

Kanak-kanak dibiasakan dengan perkenalan sesebuah negara melalui peta. Peta secaras sejarah telah digambarkan pada setem pos, bangunan dan terbaru web kerajaan.

Peta juga mempunyai makna dan boleh menyentuh sensitiviti sesebuah negara.

Respon Vietnam terhadap filem Hollywood mengenai ‘nine-dash line’ sangat difahami. Ia menunjukkan tentangan hebat terhadap sebarang tuntutan di Laut China Selatan tersebut.

Sementara itu, wakil Warner Bros. sempat memberitahu CBS News bahawa peta di dalam filem itu hanya sebuah lukisan krayon kanak-kanak.

“Peta di Barbie Land ialah lukisan krayon kanak-kanak. Coretan itu menggambarkan perjalanan Barbie dari Barbie Land ke dunia nyata. Ia tidak bertujuan untuk membuat sebarang kontroversi,” kata wakil Warner Bros. tersebut.

Sumber: CBS News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka