Siakap Keli

AmanahRaya Taja Kejohanan Dron ‘MDL 2023’ Bukti Komitmen Kepada Minat Generasi Muda Terhadap Sukan Berteknologi Tinggi

Kuala Lumpur, 8 Julai 2023 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini telah  melaksanakan satu (1) lagi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat menjelang  sambutan 100 tahun penubuhannya dengan menzahirkan sokongan terhadap  sukan berteknologi tinggi melalui tajaan terhadap sirkit Kejohanan ‘Malaysia  Drone League’ (MDL) 2023 bermula pada Mei 2023 sehingga Disember 2024. 

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan  dalam kenyataannya berkata ‘penyertaan AmanahRaya sebagai rakan penaja  kategori Perak dengan jumlah tajaan sebanyak RM25,000.00 ini merupakan salah  satu aktiviti bagi menyatakan sokongan kami terhadap perkembangan bakat dan  pembinaan kerjaya dalam kalangan generasi muda.’ 

Beliau yang turun padang mewakili AmanahRaya semasa sesi kejohanan  diadakan di Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation  (MRANTI) Bukit Jalil, turut berharap agar Malaysia terus aktif mewacanakan  secara meluas pembangunan bakat dan kepakaran tempatan agar minat yang  bercambah dalam kalangan generasi baharu terhadap sukan dron dapat  mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka, seiring dengan perkembangan  industri dron di peringkat antarabangsa. 

Selain itu, di dalam usaha untuk mempertingkatkan kesedaran pengunjung  Kejohanan MDL 2023 mengenai kepentingan melaksanakan Perancangan  Pusaka dan Pengurusan Harta di peringkat awal, khususnya bagi memastikan  kesinambungan dan kesejahteraan hidup legasi yang bakal kita ditinggalkan, 

AmanahRaya turut menawarkan promosi Wasiat Asas pada harga RM350.00 berbanding harga asal RM500.00. Manakala, pengunjung yang sebelum ini telah  memiliki Wasiat Asas AmanahRaya juga berpeluang menikmati harga diskaun  penukaran Wasiat Asas kepada Wasiat Komprehensif hanya pada harga RM490.00 berbanding harga asal RM700.00. 

Kejohanan MDL 2023 kategori terbuka anjuran Persatuan Perlumbaan Drone  Malaysia (DRAM) ini telah disertai oleh seramai tiga puluh lima (35) orang peserta  yang terdiri daripada golongan profesional sukan dron mewakili Singapura,  Brunei, Thailand, Indonesia, Hong Kong selain Malaysia. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.