Siakap Keli
mayat lelaki kanvas cheng
Kredit: BERNAMA

Dua Mayat Lelaki Dalam Bungkusan Kanvas Ditemukan Di Cheng

Dua Mayat Lelaki Dalam Bungkusan Kanvas Ditemukan Di Cheng

MELAKA, 10 Julai (Bernama) — Dua mayat lelaki ditemukan dalam dua bungkusan kanvas berdekatan kawasan timbunan sampah  di Kampung Ujong Padang, Cheng di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata bungkusan mengandungi mayat itu ditemukan dalam semak di tepi jalan oleh penghantar barangan runcit lelaki berusia 35 tahun kira-kira pukul 9 pagi tadi,

“Siasatan awal mendapati, mayat pertama dijumpai lengkap berpakaian, berkemeja-T hitam dan berseluar jean pendek dalam kanvas yang telah diikat dengan “cable tie” dan tali.

Manakala mayat kedua dijumpai dalam kanvas bersebelahan tubuh pertama dan pemeriksaan lanjut mendapati mayat itu tidak berbaju dan hanya berseluar jean pendek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata indentiti kedua-dua mayat itu masih belum dikenal pasti dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada keduanya ketika ditemukan.

Christopher berkata berdasarkan keadaan mayat berkenaan, mangsa dipercayai telah mati dua atau tiga hari lepas di tempat lain sebelum dibuang lokasi jasad-jasad  itu diketemukan.

“Pemeriksaan lanjut pada tubuh mayat juga terdapat tatu namun ia tidak berapa jelas dan pemeriksaan lanjut masih dilakukan oleh doktor dan diharapkan menerusi kulit jari mereka, kita dapat kenal pasti indentiti si mati.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar kerana dikhuatiri akan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Katanya sekiranya ada mana-mana pihak mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Muhather Abd Kudus di talian 013-288 4878 atau Bilik Gerakan IPD Melaka Tengah di talian 06-284 1999.

Sumber: BERNAMA

BACA: Seorang Maut & Puluhan Positif Antraks, Dipercayai Makan Daging Lembu Berpenyakit

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana