Siakap Keli

Tengah Mencari Bagaimana Untuk Memohon Lesen PSV? Maxim Akan Menjadi Panduan Anda

Public Service Vehicle (PSV) ialah lesen memandu vokasional yang membolehkan pemegang lesen tersebut memandu apa-apa jenis kenderaan sambil membawa penumpang berbayar bersama.Pemandu rakan kongsi e-hailing dikehendaki mendapatkan lesen PSV sebelum memulakan perjalanan sebagai pemandu e-hailing dan ini merupakan lesen vokasional wajib yangperlu ada. Terdapat potensi pemandu E-hailing yang menghadapi kesukaran untuk mencari bagaimana mendapatkan lesen PSV.

Potensi rakan-pemandu boleh mengunjungi mana-mana sekolah memandu terdekat untuk mengambil lesen PSV. Maxim E-hailing bekerjasama dengan beberapa sekolah memandu di seluruh Malaysia; bagi membantu bakal rakan-kongsi pemandu untuk mendapatkan akses secara langsung kepada slot untuk pembuatan lesen. Di bawah ialah senarai sekolah memandu yang menyediakan kelas untuk lesen PSV.

Terdapat satu hari kelas yang perlu dihadiri, dan institusi memandu akan membentangkan beberapa topik yang berkaitan dengan pelanggan, kewangan, garis panduan dan undang-undang. Tujuan utama kelas adalah untuk memastikan pemandu memahami tentang industri yang bakal disertai.

Pemeriksaan kesihatan juga diwajibkan kepada bakal pemandu yang ingin memohon lesen PSV, ini kerana pihak kerajaan mahu memastikan bakal pemandu berada dalam keadaan kesihatan yang baik sebelum mengambil  penumpang semasa dalam perjalanan.

Selain itu, terdapat dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan yang diperlukan untuk pendaftaran lesen.

Berikut adalah senarai semakan

  1. MyKad/pasport asal pemohon atau salinan jika transaksi dilakukan oleh wakil
  2. Lesen Memandu Kompeten Asal (CDL) mestilah sah lebih daripada satu (1) tahun
  3. Pemeriksaan Kesihatan
  4. 1 gambar berwarna (latar belakang putih) dengan dimensi 25 mm x 32 mm
  5. JPJL8A Form
  6. JPJL12 Form
  7. JPJL2C Certificate

Bagi menunjukkan sokongan kepada pemandu rakan kongsi, Maxim E-hailing membayar balik kos lesen PSV untuk bakal pemandu Rakan Kongsi yang sanggup bekerja dengan Maxim E-hailing. Pemandu rakan kongsi, dikehendaki membawa resit ke pejabat Maxim E-hailing yang terdekat dan kakitangan sokongan kami yang hebat akan membimbing pemandu Rakan Kongsi untuk menuntut kos lesen PSV.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa