Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Pukul Anjing, Tiga Lelaki Ditahan Polis

Iqbal Yasir
pukul anjing tiga lelaki ditahan
Gambar: Bernama

Tular Pukul Anjing, Tiga Lelaki Ditahan Polis

BALIK PULAU — Pihak polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes menyerang anjing menggunakan kayu di kawasan semak yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Koperal Dato’ Khaw Kok Chin berkata kesemua suspek berusia lingkungan 40 hingga 53 tahun.

Tambah Khaw, tangkapan dibuat pada 9 Julai dan 10 Julai sekitar jam 11.45 malam hingga 1 pagi di sekitar Batu Maung, Pulau Pinang.

Tiga Lelaki Ditahan Dipercayai Terlibat Kes Pukul Anjing

“Kesemua suspek masing-masing bekerja sebagai ejen kargo, nelayan dan pemandu bas. Mereka telah direman selama tiga hari sehingga 12 Julai 2023 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah. Saringan air kencing juga mendapati mereka bebas dari kandungan dadah.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Jika sabit kesalahan serta disiasat juga di bawah seksyen 233 AKMM jika didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mendera atau memukul binatang tanpa alasan yang munasabah.

“Pihak polis ingin mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan,” maklumnya.

BACA JUGA: Lelaki Mengaku Salah Pukul, Bakar Anjing

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Superitenden Kamarul Rizal Jenal, berkata pihaknya telah terkesan satu artikel tular di media sosial berhubung penderaan terhadap haiwan itu sekitar jam 6 petang semalam.

Jelas Kamarul, dalam klip berkenaan mendedahkan adegan dua orang lelaki sedang menyerang haiwan itu menggunakan kayu di kawasan semak.

Bukti Rakaman Kejadian

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut disaksikan oleh seorang individu yang sempat merakam kejadian tersebut.

“Saksi yang menyedari insiden itu bertindak merakam perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit miliknya. Saksi kemudian menghantar kepada rakannya yang tinggal di Petaling Jaya, Selangor sebelum ditularkan melalui akuan Twitter.

“Siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berlaku pada Sabtu (8 Julai 2023) jam 8.38 malam di Kampung Telok Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang.

“Menurut saksi kejadian, dia telah melihat suspek iaitu dua lelaki tempatan yang tidak dikenali. Mereka disyaki tinggal berdekatan tempat kejadian sedang menyerang seekor anjing yang terjatuh dalam longkang tepi jalan,” kata Kamarul lagi.

Sumber: Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya