Siakap Keli
Ada 'Bahan Rahsia', Cili Akan Tahan Lama Jika Anda Lakukan Tips Ini
Kredit: TikTok

Dah Buang Tangkai Letak Bahan ‘Rahsia’ Ni, Cara Simpan Cili Padi Dalam Peti Sejuk, Jadi Tahan Lama

Lepas Buang Tangkai Letak Bahan ‘Rahsia’ Ni, Cara Simpan Cili Padi Dalam Peti Sejuk, Tahan Lama

Bayangkan, anda sedang menatal halaman For You Page di aplikasi TikTok, kemudian anda ‘bertemu’ dengan satu video yang menarik perhatian anda.

‘Resepi ayam butterchicken mudah dan sedap’

Selepas meluangkan masa sebentar menonton video tersebut, anda berpendapat cara penyediaan mudah untuk dibuat. Jadi, terdetik di hati mahu mencuba resepi tersebut.

Memandangkan, anda juga baru sahaja selesai membeli-belah termasuk barangan dapur, jadi tugas memasak jadi mudah kerana bahan-bahan basah sudahpun tersedia. Tidak perlu keluar ke kedai sekali lagi.

Ketika anda ingin menyediakan ramuan-ramuan yang diperlukan, anda perasan satu perkara.

“Oh, resepi ini memerlukan cabai burung (cili kecil),”

Tanpa menzahirkan sebarang syak wasangka, anda merasakan bahawa cili yang disimpan dalam peti sejuk masih dalam keadaan baik.

“Yelah, baru beli tiga hari lepas. Mesti okay lagilah. Dahlah masih dalam bungkusan plastik,”

Ternyata anda silap, cili yang disangkakan masih elok rupanya sudah menjadi lembik dan rosak. Anda pun terkedu melihat keadaan cili tersebut.

Cara simpan cili padi dalam peti sejuk, jadi tahan lama

Namun, kebanyakan bahan sudah disediakan, termasuklah isi ayam yang sudah pun digoreng.

Maka, terpaksa anda ‘menapak’ ke kedai semula semata-mata untuk membeli satu barang sahaja. Sudah tentu, usaha tersebut terasa sangatlah tidak berbaloi.

Siapa yang pernah menghadapi situasi di atas? Mesti mood nak memasak yang tengah memuncak tiba-tiba hilang begitu sahaja, kan?

Umum mengetahui, banyak juadah tempatan memerlukan penggunaan cili. Jadi, cili merupakan salah satu bahan masakan ‘wajib ada’ dalam setiap peti sejuk orang Malaysia.

Alasannya mudah sahaja, rata-rata rakyat Malaysia gemar menjamah makanan pedas. Kurangnya rasa pedas bermakna kurang rasa ‘kick’ dalam sesuatu juadah yang disediakan. Mudahnya, masakan tersebut tidak mencapai standard kesedapan yang dimahukan.

Namun begitu, cili khususnya cili padi yang disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh tertentu didapati mudah rosak. Jenuh kita mencari kedai-kedai yang menjual cili berkualiti tinggi, namun sayuran ini tetap jugak rosak dalam masa yang agak singkat.

Takkanlah setiap kali kita nak menjamah makanan yang pedas, kita perlu keluar ke kedai kan?

Seorang pengguna TikTok, Awang Dapur (@awangdapur) bakal menyelamatkan kehidupan anda sebagai pencinta makanan pedas.

Pengguna berkenaan telah berkongsi tips bagaimana mahu menyimpan cili di dalam peti sejuk agar tahan lebih lama.

Menurut Awang Dapur, pertama kali anda harus membuang tangkai cili padi yang ingin disimpan. Pastikan, tiada langsung sisa tangkai pada cili-cili tersebut.

tips cili tahan lama
Kredit: TikTok

Jika masih ada sisa tangkai, tekstur cili yang disimpan di dalam peti sejuk menggelebeh, lembik dan seterusnya rosak.

tips cili tahan lama
Kredit: TikTok

Kemudian, basuh cili-cili tersebut dan keringkannya. Pastikan cili-cili anda betul-betul kering, tanpa ada kesan titisan air atau permukaan lembap.

Seterusnya, ambil bekas yang kering dan letak tisu sebagai alas. Masukkan cili-cili anda ke dalam bekas berkenaan, tidak kiralah sama ada cili besar ataupun cili padi sekali pun.

tips cili tahan lama
Kredit: TikTok

Akhir sekali, sebelum menutup bekas tersebut, letak satu bahan rahsia bersama iaitu, bawang putih. Bawang putih dipercayai dapat memastikan cili bertahan lebih lama, khususnya ketika ia disimpan di dalam peti sejuk.

tips cili tahan lama
Kredit: TikTok

Anda boleh menonton video tersebut menerusi pautan di bawah:

@awangdapur

Replying to @Golfsimulatormalaysia Tips simpan cili 🫡 #fyp #resepi #awangdapur #tipsdapur #resepimudah #masaktiktok #tipssimpancili

♬ Chill Vibes – Tollan Kim

BACA: Jangan Terus Buang, Buat Benda Ini Jika Dapur Gas Tak Berfungsi

Sumber: awangdapur via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma