Siakap Keli
kelibat pocong polis rondaan
Kredit: Tribun News

Kecoh Ternampak Kelibat Pocong, Polis Lakukan Rondaan Di Dua Kawasan

Kecoh Ternampak Kelibat Pocong, Polis Lakukan Rondaan Di Dua Kawasan

Penampakan kelibat berkain putih yang didakwa pocong menimbulkan kekecohan dalam kalangan penduduk di daerah Lasem, wilayah Jawa Tengah, lapor Detik Jateng.

Difahamkan, sesetengah warga tempatan di Desa Jolotundo turut mendakwa rumah mereka diketuk secara misteri pada waktu malam.

Seorang penduduk, Tarmini mendedahkan rumahnya menerima ketukan misteri pada setiap malam.

“Rumah saya diketuk pada malam Khamis lepas pada lewat malam pukul 12 atau 1 pagi dan terjadi selepas ada berita mengenai kewujudan pocong.

“Selepas itu, ada orang ketuk pintu rumah saya. Saya dan anak-anak tidak berani keluar, kami takut.

“Pintu diketuk hanya sekali, tetapi suaranya jelas di pintu rumah saya,” katanya.

Kemudian, salah seorang penduduk Desa Kranggan, Widodo memaklumkan dia ternampak kelibat itu di hadapan rumah jirannya berdekatan pohon jeruk pada malam Selasa lepas.

Menurutnya, kejadian itu turut berlaku kepada salah seorang penduduk, yang pernah melihat penampakan itu.

“Lebih kurang jam 12 atau 1 pagi, pocong itu berada di pokok jeruk depan rumah jiran saya. Saya lihat dari rumah saya, kebetulan rumah kami dekat.

“Saya terkejut lalu panggil anak saya. Tetapi selepas dikejar oleh anak saya, pocong itu melompat ke arah rimbunan pokok pisang,” jelasnya.

Kredit: Detik Jateng

Widodo mengesyaki kelibat pocong itu adalah satu gurauan yang dibuat oleh seseorang yang suka berlawak kerana gerak-geri yang ditunjukkan seperti seorang yang suka menakut-nakutkan.

“Apa yang saya lihat, ia tidak kelihatan seperti asli. Nampak gurauan. Badannya bergoyang-goyang, dari kiri ke kanan.

“Apabila dikejar, kelibat itu melompat ke arah pokok pisang dan selepas dicari, ia hilang,” tambahnya.

Jiran Widodo, Mardiono berkata sejak kemunculan kelibat itu berlaku empat hari lalu, penduduk kampung mula resah.

Ini kerana kepercayaan masyarakat terhadap mitos yang percaya dengan penampakan itu biasanya adalah hasil daripada orang yang memintanya untuk muncul.

“Jelas risau, penduduk di sini berjaga-jaga. Sudah empat malam. Masalahnya penduduk juga percaya kepada mitos,” ujarnya.

Tidak lama selepas itu, video kelibat pocong itu mula tular di media sosial Indonesia.

BACA: Lelaki Terkejut Nampak Lembaga Dipercayai Pocong Dalam Ladang Ayam, Sempat ‘Pelangkung’ Sebelum ‘Cabut’ Lari

Polis sahkan video tular tidak benar

Kredit: Detik Jateng

Sementara itu, Ketua Polis Lasem Arief Kristiawan berkata pihaknya telah melakukan rondaan di dua lokasi kejadian, memetik CNN Indonesia.

Arief mengatakan video tular penampakan pocong itu adalah tidak benar. Ini kerana lokasi video yang dirakam dan lokasi kewujudan pocong di kampung Lasem tidak sama.

“Berdasarkan video yang kami semak dan dipadankan satu persatu, ternyata tempat yang kami buat rondaan itu tidak sama dengan lokasi di video tersebut,” ujarnya.

Beliau berharap agar penduduk di kawasan terlibat tidak berasa panik kerana panik yang keterlaluan dikhuatiri akan mencetuskan satu kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Detik Jateng, CNN Indonesia

BACA: ‘Ingat Ayam’, Wanita Dakwa Dengar Bunyi Pocong ‘Live’ Depan Mata

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.