Siakap Keli
myvi recon jepun
Kredit: Instagram

King ‘Mendonia’, Myvi 2018 Jadi Kereta “Recon” Di Jepun, Harga Lebih RM 53k

King ‘Mendonia’, Myvi 2018 Jadi Kereta “Recon” Di Jepun, Harga Lebih RM 53k

Perodua Myvi merupakan sebuah kereta model tempatan yang sangat ikonik. Sejak dilancarkan pada 2005, kereta ini nyata mendapat tempat di hati rakyat Malaysia hingga mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Versi demi versi yang dikeluarkan, keunggulan Myvi mendapat pengiktirafan ‘tidak rasmi’ apabila digelar sebagai King of Highway atau Raja Lebuh Raya oleh pemandu tempatan.

Tak kisahlah kenapa Myvi diberi gelaran tersebut, namun yang pastinya model tersebut memang model yang sudah sebati dengan kita semua.

Populariti Myvi juga menyebabkan ia menjadi pilihan ramai anak muda yang baru mula bekerja untuk ‘diangkat’ sebagai kereta pertama.

Nampaknya, populariti Myvi ini juga mendapat perhatian hingga ke negara Matahari Terbit. Ia selepas beberapa keping foto Myvi diiklan sebagai kereta terpakai atau recon di negara itu menjadi tular di media sosial.

Foto berkenaan mula mencuri tumpuan selepas dikongsikan oleh seorang pempengaruh asal Indonesia, Indra Radian Fathan (indra_fathan) menerusi hantaran Instagramnya.

”Macam kenal kereta ini. Tetapi kenapa kawasan disekitarnya kelihatan berbeza. Mungkin orang Malaysia bakal terkejut melihat foto-foto ini.

”Rupa-rupanya ini adalah Perodua Myvi 2018, memiliki perbatuan 14,000 kilometer. Hendak dijual pada harga 1.6 juta yen (RM 52,994),” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Indera berkongsi beberapa gambar yang memaparkan ‘King’ yang diiklankan dengan latar belakang kawasan komuniti di Jepun.

Pada gambar pertama, sebuah kereta Mvyi berwarna silver yang didapati memakai tag dengan tulisan bahasa Jepun di atasnya.

Seterusnya, terdapat beberapa gambar lain yang menunjukkan rekaan dalaman Myvi, yang mana tidak ubah seperti versi di Malaysia.

Bagaimanapun, paparan pada skrin sesentuh pemain media menampilkan isi kandungan daripada negara Matahari Terbit itu.

Tolak persepsi bahawa Perodua hanyalah brand rebadge dari jenama-jenama lain.

BACA: Puas Hati, Wanita Gigih Buat Rumah, “Dari Pelan Lantai Sampai Tingkap, Semua Reka Sendiri”

Selepas siri pertama kereta ini kali dikeluarkan pada 2005, kedudukan Myvi sebagai ‘King’ di Malaysia tidak pernah tergugat.

Walaupun kebanyakan pihak menganggap Perodua hanyalah brand rebadge bagi jenama-jenama automobil di Jepun, hakikatnya kereta ‘King’ ini lain dari yang lain.

Perodua Myvi sebenarnya adalah model yang direka oleh anak tempatan kita. Hakikatnya, Myvi tiada versi Daihatsu atau Toyota. Sebaliknya, untuk dijual di negara lain, Daihatsu dan Toyota membawa masuk Myvi sebagai model rebadge jenama masing-masing.

BACA: Jangan Terus Buang, Buat Benda Ini Jika Dapur Gas Tak Berfungsi

Sumber: Indra Radian Fathan via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.