Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2023 – Boost, cabang fintech (teknologi kewangan) Axiata, baru-baru ini meraih pencapaian yang bersejarah apabila muncul sebagai pembiaya digital pertama di Malaysia yang dinaik taraf ke gred pelaburan tertinggi, AAA, oleh RAM Ratings, berdasarkan kedudukan ‘Senior Notes’-nya yang disokong sepenuhnya dengan tunai.
Bagi Boost, peningkatan penarafan gred pelaburan ini, selepas setahun menerima penarafan A1 pada 2022, mencerminkan keyakinan yang semakin tinggi oleh agensi penarafan kredit terkemuka di Malaysia, serta prestasi dan model perniagaan Boost yang kukuh, terutamanya perniagaan pembiayaan mikro berasaskan AI (Kecerdasan Buatan).
Setelah bertahun-tahun memberi khidmat kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan untuk memacu keterangkuman kewangan, Boost telah membina rekod prestasi yang mengagumkan. Sejak penubuhannya, perniagaan pembiayaan mikro berasaskan AI Boost terus berkembang, dengan lebih RM3 bilion pembiayaan disalurkan di Malaysia dan Indonesia.
Dengan model perniagaan yang terbukti, kaedah berasaskan data, dan ekosistem fintech holistik, Boost telah berjaya memenuhi keperluan pembiayaan pelanggan yang mempunyai sejarah kredit yang tipis dan segmen pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan.
Menerusi Boost, perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), boleh mendapat akses kepada pembiayaan yang diperlukan melalui aplikasi digital yang mudah dan lancar, sepantas 5 minit, dengan penyaluran dana dalam tempoh 48 jam selepas diluluskan.