Siakap Keli
mizz nina berbulan madu
Kredit: Instagram

Terpancar Kebahagiaan Di Wajah Mizz Nina, Kongsi Detik Indah Bulan Madu Di Empat Negara

Terpancar Kebahagiaan Di Wajah Mizz Nina, Kongsi Detik Indah Bulan Madu Di Empat Negara

Personaliti televisyen, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, baru-baru ini berkongsi detik indah berbulan madu bersama suami, Essam Muhammad.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Mizz Nina memaklumkan mereka berdua meluangkan masa menjelajah empat buat negara selama dua minggu.

”Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur kerana berpeluang untuk menjelajah empat buah negara dan enam buah bandar, dalam tempoh dua minggu bersama suami,” katanya.

Mizz Nina kongsi detik indah bulan madu bersama suami

Beliau turut berkongsi satu video reel ketika mereka bersama-sama meneroka keindahan Kota Istanbul di Turkiye. Ketika itu, beliau menerima kejuatan yang tidak disangka-sangka daripada suaminya.

”Dia membuat kejutan apabila membawa saya ke satu lokasi rahsia atas bumbung. Di situ, kami melihat keindahan bandar dan selat Bosporus seluas 360 darjah,” katanya lagi.

Menurut Mizz Nina, lokasi rahsia itu juga merupakan lokasi dimana Essam merakam klip video lagunya , On The Road (2021) sebelum ini.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-sama ketika berbulan madu selama dua minggu

Selain itu, Mizz Nina juga berkongsi pengalaman mencuba pelbagai aktiviti seperti menaiki basikal elektrik ketika meneroka bandar-bandar disana.

Dalam masa dua minggu berkenaan, Mizz Nina dan Essam Muhammad turut berkesempatan mengunjungi masjid untuk menyambut Hari Raya AIdiladha bersama-sama.

Pada akhirnya perkongsiannya, wanita berkenaan percaya dengan melancong dapat membantu manusia untuk mengenali antara satu sama lain.

“Melancong bersama orang tersayang dan melakukan pelbagai aktiviti bersamanya dapat mengukuhkan hubungan dan perasaan sayang.

“Ini tidak bermakna bahawa kita perlu melancong sehingga beribu-ribu batu jauhnya. Anda boleh sahaja meneroka tempat sendiri atau lokasi berdekatan,” katanya Mizz Nina lagi.

Seterusnya, Mizz Nina berpendapat apabila semakin banyak kita belajar budaya sesuatu tempat, semakin banyak yang kita kenal berkenaan diri sendiri dan pasangan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina)

Sebelum ini, Mizz Nina berkongsi khabar gembira selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Essam. Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta rakan rapat pada Jun lepas.

BACA: Jangan Terus Buang, Buat Benda Ini Jika Dapur Gas Tak Berfungsi

Sumber: Mizz Nina via Instagram

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.