Siakap Keli
almy nadia kurus
Kredit: almynadiaofficial/Instagram

Almy Nadia Dedah Alasan Tak Dibenarkan Kurus

Almy Nadia Dedah Alasan Tak Dibenarkan Kurus

Tidak dibenarkan kurus, pelakon Datin Almy Nadia dedah sikap suaminya, Datuk Fizz Fairuz dan sebab tidak diberikan keizinan untuk menurunkan berat badan dalam satu siaran langsung (live) baru-baru ini.

Menerusi potongan video yang dimuat naik oleh Fizz menerusi akaun TikTok @fizzfairuz16, dia memaparkan semula rakaman skrin berkenaan perkara itu untuk tontonan peminat pelakon tersebut.

Almy Nadia atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah berkata suaminya melarang untuk kuruskan badan kerana risau tidak mempunyai lemak di bahagian tertentu.

Jelasnya, Fizz Fairuz lebih selesa dengan fizikal terkini pelakon Dunia Baru itu kerana ia memberi keselesaan semasa dipeluk.

Apabila Almy menaikkan topik berkenaan berat badan, suaminya mula mengatakan dia tidak akan menjadi secantik ini ketika kurus nanti.

Kredit: @fizzfairuz16/TikTok

“Suami saya marah kalau saya nak kurus, dia kata nanti kalau dah sekeping (kurus) tidak lawa,” kata suaminya.

Pelakon berusia 37 tahun itu bagaimanapun berkeras mahu menurunkan berat badan kerana ingin mencuba perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Fizz Fairuz berkata Almy dibenarkan untuk menurunkan berat namun perlu menunggu sehingga anak-anak membesar.

“Boleh kurus tapi sabar, bagi anak-anak besar. 

“Anak sedang menyusu lagi,” ujar suaminya. 

Almy turut berkata apabila menyusukan anak, dia memerlukan tenaga dan disebabkan itu pelakon tersebut perlu untuk mengambil karbohidrat dalam sehari.

BACA: Shila Amzah Hitung Hari Bergelar Pengantin Sehari

Respon warga maya

Video tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial kerana rata-rata mereka turut bersetuju dengan Fizz Fairuz.

Menjengah di ruangan komen, sesetengah warga maya memberi semangat kepada Almy dan mendoakan agar dia terus sihat.

“Tidak mengapa, Datin. Buat perlahan-lahan. Bagi anak habis menyusu badan dulu. Niatkan kurus untuk sihat, Insya-Allah pasti boleh,” kata salah seorang warga maya.

“Yang penting sihat suami sayang alhamdulillah,” seloroh seorang pemberi komen.

“Tidak mengapa, perlahan-lahan. Yang penting kesihatan itu,” kata mereka lagi.

Dalam pada itu, ramai juga di antara mereka yang memuji Fizz Fairuz kerana bersifat terbuka.

“Sebenarnya suami dia bijak, dia tidak mahu Almy stres fikirkan cara untuk kuruskan badan,” tambah seorang warga maya.

Tonton video penuh di bawah.

@fizzfairuz16

almy ni gemuk lagi cantik kan 🥰 #fizzfairuz #almynadia #foryoupage #fyppppp #fyp

♬ original sound – FIZZ FAIRUZ – FIZZ FAIRUZ

Sumber: @fizzfairuz16/TikTok

BACA: Wanita Meraung, Menangis Terduduk Dapat Tahu Kucing Belaan Mati Dibelit & Ditelan Ular

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.