Siakap Keli
pesawat stargazer hipersonik
Kredit: Venus Aerospace

Tokyo-New York Dalam Sejam, Kenali Pesawat Hipersonik Stargazer Pengganti Concorde

Tokyo-New York Dalam Sejam, Kenali Pesawat Hipersonik Stargazer Pengganti Concorde

Pesawat hipersonik, Stargazer, yang masih dalam rekaan, dilapor bakal memiliki kelajuan hipersonik yang mampu terbang dari Tokyo ke New York dalam tempoh satu jam sahaja.

Menurut pembangunnya, Venus Aerospace, Stargazer dirancang untuk memiliki keupayaan bergerak pada kelajuan Mach 9. Kelajuan Mach 9 adalah kelajuan sembilan kali ganda daripada kelajuan bunyi. Ia bersamaan terbang pada kelajuan lebih 8,000 kmj.

Sebagai perbandingan terdekat, pesawat supersonik komersial terakhir, Concorde mampu bergerak pada kelajuan Mach 2, kira-kira 2,470 kmj.

Manakala, pesawat terpantas yang pernah dibangunkan, Lockheed’s SR-71 “Blackbird” pula bergerak pada kelajuan Mach 3.2 (3,950kmj).

Untuk makluman, hipersonik telah ditakrifkan sebagai terbang pada kelajuan lima kali ganda lebih pantas berbanding kelajuan bunyi.

Berbalik kepada Stargazer, kelajuan itu berjaya dicapai melalui gabungan teknologi enjin jet dan enjin roket yang akan dipasang pada pesawat berkenaan.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pembangunan Teknologi Venus Aerospace, Andrew Duggleby.

Katanya, Stargazer terlebih dahulu akan berlepas daripada landasan menggunakan enjin jet. Apabila ia bergerak meninggalkan kawasan penempatan manusia, Stargazer akan bertukar kepada enjin jet dan mendaki hingga mencapai ketinggian 170,000 kaki untuk mencapai kelajuan hipersonik.

Altitud luar biasa itu adalah empat kali ganda lebih tinggi daripada ketinggian yang biasa pesawat komersial sedia ada terbang. Pada ketinggian tersebut, penumpang akan disajikan dengan pemandangan bentuk muka bumi yang melengkung dan angkasa yang gelap.

Umumnya, kebanyakkan pesawat penumpang mampu terbang pada ketinggian sehingga 40,000 kaki. Ini bermakna, Stargazer dirancang untuk berupaya terbang pada ketinggian 130,000 kaki lebih tinggi, biarpun tidak cukup tinggi untuk ‘menyentuh’ angkasa.

Ujar Andrew lagi, teknologi enjin roket pada hari ini hanya berada pada tahap subsonik. Keupayaan itu katanya tidak mampu membekalkan kuasa yang secukupnya kepada Stargazer.

Bagaimanapun, pembakaran supersonik dipercayai mampu menghasilkan tujahan yang secukupnya untuk penerbangan hipersonik. Justeru, Venus kemudiannya melabur dana dalam pembangunan enjin yang dikenali sebagai RDRE.

Menurut Andrew, RDRE menghasilkan lebih banyak haba dan tekanan berbanding enjin roket semasa kerana pembakaranya yang lebih pantas. RDRE juga secara efektifnya menghasilkan lebih banyak tujahan dan pada masa yang sama lebih jimat bahan bakar.

Enjin roket juga secara umumnya menjadi pilihan untuk penerbangan hipersonik kerana mempunyai prestasi yang lebih baik untuk penerbangan altitud tinggi berbanding enjin jet. Ini kerana, enjin roket tidak memerlukan oksigen untuk pembakaran, berbeza dengan enjin jet.

BACA: Dah Buang Tangkai Letak Bahan ‘Rahsia’ Ni, Cara Simpan Cili Padi Dalam Peti Sejuk, Jadi Tahan Lama

Sumber: Robb Report, SCMP

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma