Kenapa Ikan Tuna Akan Mati Serta Merta Di Atas Darat? Ini Penjelasannya
Ikan tuna merupakan salah satu spesies ikan yang paling banyak dimakan oleh penduduk dunia.
Ikan tuna tergolong dalam subkumpulan keluarga ikan tenggiri dan terdiri daripada lapan spesies yang berbeza dari segi warna dan saiz. Tuna merupakan spesies nomad dan dapat ditemui di seluruh lautan di dunia.
Jika anda berada di Eropah atau Asia, ‘skipjack’ ialah spesies tuna yang paling banyak digunakan bagi produk tuna di dalam tin. Permintaan yang tinggi telah menyebabkan ikan ini menjadi sasaran utama oleh para nelayan.

Namun begitu, ikan tuna merupakan sejenis ikan yang akan mati jika ia dibawa keluar dari air. Para nelayan dikatakan perlu menyimpan hasil tangkapan mereka dengan cepat agar memastikan kesegaran ikan tuna apabila dibawa ke daratan.

Kenapa tuna akan mati serta mata jika berada di atas darat, apa penjelasannya?
Oleh yang demikian, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan kenapa kejadian itu boleh terjadi kepada salah satu spesies ikan perenang terpantas di lautan ini.
Ikan tuna terkenal kerana keupayaan mereka untuk mengekalkan kelajuan dalam jangka masa yang lama, di mana ia boleh berenang mencapai kelajuan yang luar biasa.

Apabila ikan ini berada dalam keadaan yang tidak bermaya, mereka perlu bergerak pada jarak yang sama dengan panjang badan mereka sendiri setiap saat.
Untuk ikan tuna yang besar, mereka boleh berenang lebih laju daripada perenang lelaki pada kelajuan yang tinggi.
Perkara itu terjadi kerana mereka bergantung pada gerakan mereka sendiri untuk mengalirkan air yang penuh oksigen melalui insang mereka.
Oleh itu, ikan tuna tidak boleh berhenti berenang dan jika mereka berhenti maka ia boleh menyebabkan mereka mati walau di dalam lautan sekalipun.

Cara pernafasan ikan tuna adalah berenang dengan mulut terbuka, di mana ia akan menyebabkan air melalui insangnya lalu menyebabkan proses bernafas ikan tersebut.
Kadar pernafasan ikan tuna diselaraskan dengan kelajuan ia berenang dan menyebabkan kegunaan tenaga yang tinggi untuk berenang.
Kegunaan tenaga yang sangat besar ini akan menyebabkan ikan tuna memerlukan makan dengan jumlah yang banyak. Sesetengah spesies memerlukan makanan sebanyak 25 peratus daripada berat mereka sendiri pada setiap hari.
Ikan tuna dilengkapi dengan pendengaran yang berkesan untuk membantu mereka memburu mangsa. Ikan ini juga mempunyai pengesan kimi yang sangat sensitif seperti pemangsa daratan helang dan serigala.
Ikan tuna dikatakan mempunyai penglihatan binokular atau stereoskopik yang sangat hebat dan mampu mengesan mangsa mereka sewaktu mencari makanan.

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat
Sekarang dah tahukan kenapa ikan tuna akan mati jika ia dibawa ke atas daratan. Mekanismenya mudah, ikan tuna perlu berenang untuk bernafas dan terus hidup walaupun di dalam air.
Jika ia berhenti berenang maka ikan tersebut akan mati kerana tiada proses pernafasan yang berlaku di mana air tidak melalui insang ikan tersebut.
Sumber: Marine Steward Council, WWF, Lahaina News