Siakap Keli
teknik mudah guna chopstick
Kredit TikTok

Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Masyarakat kaum Melayu seperti diketahui mempunyai amalan menjamu selera dengan menggunakan tangan kanan, begitu juga bagi masyarakat kaum India.

Bagi masyarakat kaum Cina pula, mereka diketahui menggunakan peralatan seperti ‘chopstick’ untuk menjamu selera, terutamanya makanan yang berasaskan mi.

Namun bagi mereka yang moden, ada yang lebih gemar menggunakan sudu dan garpu sewaktu menjamu selera.

Kebanyakan akan menggunakan sudu dan garpu sewaktu menghadiri majlis-majlis keraian makan yang formal. Sebagai contoh makan malam di hotel dan tempat-tempat yang dihadiri oleh ramai orang.

Berbalik kepada penggunaan chopstick, objek ini dipercayai telah digunakan sejak zaman dinasti Shang lagi. Bagi masyarakat umum, masih ramai yang tidak tahu cara yang betul untuk menggunakan chopstick.

Pelbagai kaedah dan teknik pernah dikongsikan oleh pengguna sejati chopstick pada sebelum ini untuk mengajar teknik yang betul dalam menggunakan peralatan tersebut.

Tetapi ia masih tidak dapat membantu mereka untuk menggunakan peralatan itu dengan sebaik yang mungkin sewaktu mahu menjamu selera.

Macam mana cara yang betul nak guna chopstick?

Justeru perkongsian pada hari ini akan berkongsikan tentang bagaimana cara untuk memegang atau menggunakan chopstick dengan betul.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @jordan_the_stallion8.

Menurut perkongsian video tersebut, perkara utama yang anda harus lakukan adalah dengan mengambil chopstick sebagai peralatan utama dalam melakukan teknik itu.

Langkah pertama yang anda harus lakukan adalah dengan meletakkan jari anda pada kayu chopstick tadi.

Kredit TikTok

Jari telunjuk dan ibu jari memegang sebelah daripada chopstick manakala jari tengah berada di antara kayu chopstick dan seterusnya letakkan jari manis anda pada chopstick yang berada di antara jari tengah tadi.

BACA: Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah, Bekas Pemain Bola Sepak Pasukan Ternama Ditahan

Sebagai contoh anda boleh lihat dan perhatikan gambar di bawah.

Kredit TikTok

Dalam melakukan teknik ini, chopstick yang berada di jari telunjuk sahaja perlu digerakkan untuk mengambil makanan yang terhidang. Manakala chopstick di jari tengah dan manis untuk menampung dan menahan makanan tadi.

Sekarang anda sudah boleh mempraktikkan teknik ini dan boleh cuba menggunakan ia sewaktu makan mi segera. Selamat mencuba!

@jordan_the_stallion8

#stitch with @Diane Na #fypシ

♬ original sound – Jordan_The_Stallion8

Sumber: Britanica, TikTok/@jordan_the_stallion8

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka