Siakap Keli
teknik kayu dalam makmal
Gambar: AFP

Penyelidik Dakwa Temui Teknik Hasilkan Kayu Dalam Makmal, Tak Perlu Lagi Tebang Hutan

Penyelidik Dakwa Temui Teknik Hasilkan Kayu Dalam Makmal, Tak Perlu Lagi Tebang Hutan

Sekumpulan saintis mendakwa kajian mereka berjaya menemui cara untuk menghasilkan kayu di dalam makmal, sekaligus mengurangkan aktiviti penebangan hutan di masa hadapan.

Menurut portal Interesting Engineering, kajian berkenaan dijalankan oleh kumpulan penyelidik daripada Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat.

Kumpulan penyelidik itu berkata, teknik yang dibangunkan mereka membolehkan kayu-kayan pelbagai bentuk dan saiz dihasilkan di dalam makmal dengan mudah.

Misalnya, mereka boleh menghasilkan kayu bagi memenuhi permintaan tertentu, misalnya kayu khas untuk membuat kerusi tanpa perlu menebang walau sebatang pokok pun.

Bagaimana teknik hasilkan kayu dalam makmal ini ditemui?

Penyelidik di MIT melakukan eksperimen ke atas stem cell-like propertise pada tumbuhan biasa. Mereka mengekstrak sel daripada daun tumbuhan berbunga yang dipanggil Common Zinnia (Zinnia Elegans) dan kemudian menyimpannya dalam medium cecair untuk beberapa hari.

Seterusnya, penyelidik merawat sel tumbuhan itu di dalam medium berasaskan gel yang diperkaya dengan nutrien dan hormon. Selepas beberapa lama, sel-sel itu akan menghasilkan sel tumbuhan baru.

Para penyelidik juga menyedari bahawa dengan menukar kepekatan hormon dalam medium gel, mereka boleh mengawal sifat fizikal dan mekanikal sel yang baru. Semasa eksperimen, bahan tumbuhan yang mengandungi kepekatan hormon yang tinggi bertukar menjadi keras.

“Di dalam badan manusia, kita ada hormon yang menentukan bagaimana sel berkembang dan traits tertentu muncul. Berdasarkan kaedah yang sama, dengan menukar kepekatan horman dalam medium gel itu, sel memberikan tindak balas yang berbeza.

“Dengan hanya memanipulasi kuantiti kecil bahan kimia ini, kami mendapati ada perubahan fizikal berlaku,” kata kumpulan penyelidik itu.

Mereka juga kemudian menghasilkan cetakan 3D struktur ubahsuai daripada struktur yang sel yang dibiakan menggunakan teknologi bio-cetakan 3D.

Untuk selama tiga bulan, ‘pokok cetakan makmal’ itu dibiakkan di dalam bekas tertutup dan gelap. Hasilnya, mereka mendapati kayu yang dibiakkan itu berjaya ‘hidup’ dan membesar pada kadar dua kali ganda lebih laju daripada pokok semuala jadi.

Bagaimanapun, kajian yang dijalankan ini masih diperingkat awal dan memerlukan pelbagai eksperimen sebelum teknik tersebut boleh dikormesialkan.

Namun begitu, kumpulan penyelidik berkenaan percaya teknik yang dibangunkan bakal memberikan masa depan yang cerah kepada dunia.

BACA: Cari Muazin Bersuara Merdu, Rosyam Nor Anjur Pertandingan Azan, Hadiah Cecah RM110k

Sumber: Interesting Engineering

Mohd Raimi Ismail

peace on earth