Siakap Keli
rosyam nor pertandingan azan muazin
Kredit: Instagram

Cari Muazin Bersuara Merdu, Rosyam Nor Anjur Pertandingan Azan, Hadiah Cecah RM110k

Cari Muazin Bersuara Merdu, Rosyam Nor Anjur Pertandingan Azan, Hadiah Cecah RM110k

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor menyeru orang ramai untuk menyertai pertandingan azan secara dalam talian menerusi program ‘Muazin: Gegaran Sampai ke Langit’.

Program berkenaan difahamkan adalah program terbitan Suhan Channel, iaitu syarikatnya sendiri. Pengumuman berkenaan penganjuran pertandingan turut dibuat menerusi laman web syarikat berkenaan.

Jelasnya, inisiatif tersebut diadakan bagi meraikan keindahan, kesenian dan kepentingan azan yang biasa dilaungkan ketika masuknya waktu solat.

Difahamkan, pertandingan tersebut turut mendapat kerja sama daripada pelbagai pihak seperti Vfive Group, Ikhlas, Adraa by Rosyam Nor dan lain-lain lagi.

Pertandingan terbabit bakal diadakan menerusi platform media sosial, dan peserta perlu memuat naik video laungan azan dalam beberapa platform atas talian seperti TikTok, Facebook atau Instagram.

Hadiahnya sangat lumayan

Antara syarat awal penyertaan adalah peserta mestilah merupakan lelaki warganegara Malaysia dan penyertaan terhad kepada satu video sahaja.

Walaubagaimanapun, bilal bertauliah seperti bilai surau dan masjid tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut.

Ia difahamkan untuk memberikan peluang kepada orang ramai untuk lebih yakin dalam usaha mencuba nasib dalam pertandingan terbabit.

Penyertaan program Muazin: Gegaran Sampai ke Langit ini dibuka bermula dari 7 hingga 26 Julai 2023 dan memiliki tiga kategori.

Kategori pertama adalah untuk golongan kanak-kanak, kategori kedua pula untuk golongan remaja manakala kategori ketiga adalah untuk dewasa.

Pada masa yang sama, pertandingan ini dengan menawarkan hadiah utama yang sangat lumayan iaitu berjumlah RM10,000. Pemenang juga berpeluang membawa pulang trofi dan paker mengerjakan umrah. Umumya, pertandingan ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM 110,000.

Prestasi peserta Muazin pula bakal dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti kualiti suara, ketepatan nada, ekspresi, emosi dan sebagainya.

Persembahan peserta-peserta pula akan diadili oleh barisan panel juri yang terdiri daripada ustaz-ustaz yang bertauliah dan mempunyai kemahiran dalam bidang tajwid dan taranum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhan Movies & Trading (@suhanmovies)

BACA: Dah Buang Tangkai Letak Bahan ‘Rahsia’ Ni, Cara Simpan Cili Padi Dalam Peti Sejuk, Jadi Tahan Lama

Sumber: suhanmovies via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma