Ramai Teruja Sebab “Rare”, Macam Ni Rupanya Cara Buat Hantaran Karipap Bunga Padi
Karipap merupakan sejenis pastri yang sering menjadi juadah sarapan, minum pagi dan minum petang. Pastri ini memiliki dua bahagian yang lazat iaitu, bahagian pastri yang rangup dan bahagian inti yang berperisa savouri.
Di Malaysia, karipap memiliki pelbagai jenis variasi inti seperti kari ayam, kari daging dan sardin.
Manakala di Sabah pula, terdapat variasi inti karipap berupa mihun. Menurut Sinar Plus, masyarakat Bajau dan Suluk dikatakan paling handal dalam menghasilkan karipap variasi ini atau nama spesifiknya, pastil.
Namun disebabkan peredaran masa, pengusaha-pengusaha karipap mula menghasilkan variasi baharu karipap yang lebih moden.
Antaranya karipap berintikan telur dan mayonis, karbonara, sotong dan macam-macam lagi. Tidak cukup lagi dengan variasi inti, pengusaha turut menampilkan karipap dalam pelbagai saiz.
Ada karipap yang bersaiz sekecil hujung jari, manakala ada pula karipap yang sebesar separuh muka manusia.
Sungguhpun begitu, ini masih tidak cukup membuatkan kita merasa terkejut dan terkesima. Walaupun karipap dengan inti dan saiz yang berbeza ini jarang ditemui dijual di gerai-gerai tepi jalan, namun peluang untuk bertemu masih ada.
Bukan biasa-biasa, begini rupanya karipap bunga padi dihasilkan
Berbeza pula dengan karipap yang dikongsikan oleh pengguna TikTok Aliaa Hamdan (@2.a9890z), sudah pasti akan membuatkan anda terkesima.
Jauh daripada apa yang kita bayangkan, karipap yang dihasilkan oleh Alia langsung tak sama dari segi rupa dan saiznya dengan karipap-karipa yang lain.
Boleh dikatakan, bentuknya agak mirip dengan hidangan Beef Wellington, yang biasanya disajikan di restoran-restoran mewah.
Difahamkan, menerusi video itu Alia sebenarnya sedang menyiapkan karipap pokok padi. Ia merupakan resepi turun termurun keluarga mereka.
Biasanya, karipap padi ini dijadikan sebagai hantaran, disebabkan rupanya yang memukau dan cara pembuatannya yang agak rumit.
Jelasnya, hanya pak ciknya yang mahir dalam menghasilkan bentuk biji-biji padi pada hidangan tersebut.
Dalam video tersebut, pak ciknya dilihat sedang membentuk butiran biji-biji padi pada karipap berkenaan dengan menggunakan gunting.

Selepas selesai membentuk biji-biji padi, seluruh permukaan karipap akan disapukan dengan kuning telur dan dibakar.
Hasil akhirnya, karipap tersebut akan kelihatan seperti pokok padi yang telah masak kuning keemasan di sawah.

Menurut Aliaa, bagi sesiapa yang ingin menjamahnya, anda perlu memotongnya seperti biasa. Hal ini disebabkan, inti karipap boleh didapati dari bahagian bunga sampai ke batang.
Anda boleh menyaksikan proses pembuatan karipap padi menerusi video di bawah:
@2.a9890z Karipap padi. Mostly utk hantaran. ❤️ Resepi turun temurun dari my grandmother (johor side), but only my uncle Aznureen Abd Rahman yg pandai and cantik buatnya. Dulu my grandmother amik upah buat karipap padi nie utk majlis2 kahwin. Tapi now dia dh tak larat dah. انشــاء الله coming soon maybe cucu2 dia boleh sambung tradition nie. #fyp #hantaran #karipapbungapadi #mygrandmotherrecipes #warisanturuntemurunmakwan
Sumber: @2.a9890z via TikTok