“Tunggu Masa Sesuai Umum Tarikh,” Syafiq Kyle & Mimi Lana Kini Sibuk Buat Persiapan Kahwin
Syafiq Kyle dan Mimi Lana dalam perkembangan terbarunya mendedahkan bahawa mereka kini sedang sibuk merancang segala persiapan dan persediaan majlis pernikahan mereka, lapor Gempak.
Menurut Syafiq, segala persiapan dan persediaan majlis perkahwinan mereka kini sudah hampir 90 peratus siap dan hanya perlu membuat bayaran akhir sahaja.
“Kalau ikutkan dari hari itu kita dah hampir 90 peratus.. yang lain semua tinggal nak bayar saja,” kata Syafiq secara berseloroh apabila diajukan soalan mengenai perancangan dua pasangan tersebut.
Dua pasangan sejoli itu ditemui semasa menjadi tetamu bagi program MeleTOP yang berlangsung pada malam Selasa lalu.
Sementara itu, dalam temu bual tersebut, Mimi mengakui bahawa ia berasa gementar sama seperti pasangan yang bakal berkahwin lain dan melalui proses tersebut.
Mimi syukur dapat pasangan yang beri kerjasama dalam persediaan majlis
Bagaimanapun, Mimi sempat meluahkan rasa syukurnya kerana mempunyai pasangan yang memberikan kerjasama dalam persiapan majlis mereka.
“Sudah tentu ada perasaan gementar.. saya rasa semua orang melalui proses ini akan ada perasaan gementar. Tapi so far, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sangat lancar.
“Syafiq pun seorang yang sangat senang untuk bekerjasama. Dia memang ambil tahu semua benda dalam proses persiapan menjelang perkahwinan,” kata Mimi.
Dalam pada itu, Syafiq yang juga pelakon bagi filem Polis Evo 3 berkata bahawa mereka sememangnya mempunyai perancangan untuk berkongsi tarikh pernikahan tersebut.
Namun, menurutnya ia masih mencari masa yang sesuai untuk mengumumkan tarikh tersebut.
“Insya-Allah kami memang ada perancangan untuk kongsikan tarikh tapi kami tengah tunggu masa yang sesuai, di platform yang sesuai untuk kami kongsikan kepada seluruh Malaysia,” kata Syafiq.
Sebelum ini, hubungan pasangan itu dikatakan pernah terputus pada Mei 2020 selepas lima tahun menyulam cinta. Namun hubungan itu kembali bertaut selepas masing-masing dilihat memuat naik gambar bersama di media sosial.
BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat
Terdahulu, Syafiq Kyle atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak berkongsi pertunangan mereka pada 21 Januari lalu di Instagram miliknya.
Berdasarkan hantarannya di laman media sosial tersebut, pelakon yang sinonim dengan lakonan mantapnya dalam drama bersiri Nur telah memuat naik beberapa keping foto dirinya menyarungkan cincin pada jari manis Mimi Lana.
“Counting days (Menghitung hari). 1 2 3 actions (emoji sebentuk cincin),” tulis Syafiq pada kapsyen hantaran foto berkenaan.
Sumber: Gempak