Amar Asyraf Sebak, Kedai Jual Minyak Wangi Kini Dah Ada Papan Tanda Sendiri
Pelakon, Amar Asyraf nyata tidak dapat menahan rasa sebak apabila kedai minyak wangi yang diusahakan selama ini sudah pun memiliki papan tanda sendiri.
Perkongsian tersebut dibuat oleh Amar menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya baru-baru ini.
Seperti yang ramai sedia maklum, pemasangan papan tanda pada premis boleh dianggap sebagai satu simbolik kejayaan kepada perjalanan perniagaan diusahakan seseorang.
BACA: Pasrah Tempoyak ‘Meletup’, Kawasan Dapur Dah Jadi Macam Zon Perang
Maka tidak hairanlah mengapa pelakon Amar Asyraf merasa begitu sebak ketika melihat papan tanda yang tersergam indah di kedai miliknya.
“Orang lain masa mula-mula berniaga sudah ada kedai besar. Kalau kita, kena susah payah dulu baru dapat signboard ni. Tapi rasa happy gila,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa bersyukur dan menghargai sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga serta orang ramai yang menyokong produk diusahakan oleh beliau.
Sebelum ini, pelakon tersebut difahamkan memulakan perniagaannya di rumah ketika wabak pandemik melanda dunia. Beliau banyak melakukan promosi di atas talian terutamanya menerusi siaran langsung di TikTok.
Namun siapa yang sangka, perniagaan tersebut terus bertahan hingga ke hari ini dan Amar berjaya memiliki premis perniagaan sendiri.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih semua yang support kami daripada business di rumah sampai la ada kedai, sampai la ada signboard sebesar alam ni. Terima kasih semua!!” tulisnya pada ruangan kapsyen.
@amarasyrafzailuddin Alhamdulillah, syukur kepada Allah. TERIMA KASIH semua yang support kami daripada business di rumah sampai la ada kedai, sampai la ada signboard sebesar alam ni. TERIMA KASIH SEMUA !!
Video pendek yang sangat beremosi itu telah menyentuh perasaan benyak pihak, khususnya pengguna-pengguna TikTok di Malaysia.
Kebanyakannya menumpang rasa gembira atas kejayaan artis tersebut. Malah, mereka turut mengenang perjuangan Amar ketika dirinya sedang bergelut untuk mengembangkan perniagaan tersebut.
“Ingat lagi time COVID… Amar ni buat live jual barang online. Kesian tengok… Sekarang dah berjaya dah,” tulis seorang pengguna TikTok.
Tahniah Amar.
BACA: “H” Sebenar Yang Dicari, Honda “Collab” Buat Cincin Kahwin Khas Bertemakan Model Ikonik
Sumber: @amarasyrafzailuddin via TikTok