Siakap Keli
letupan tempoyak dapur
Kredit: TikTok

Pasrah Tempoyak ‘Meletup’, Kawasan Dapur Dah Jadi Macam Zon Perang

Pasrah Tempoyak ‘Meletup’, Kawasan Dapur Dah Jadi Macam Zon Perang

Tempoyak merupakan sejenis bahan makanan yang lazim digunakan dalam masakan Melayu. Juadah seperti sambal dan masak lemak ikan patin menjadi lebih lazat dengan kehadiran tempoyak dalam masakan.

Memandangkan Malaysia masih dilanda musim durian, sudah semestinya ramai yang mengambil kesempatan untuk menghasilkan tempoyak sendiri di rumah.

Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan tempoyak juga tidak rumit kerana ia hanya memerlukan durian, garam dan gula sahaja.

Namun jika cara penyediaan dan penyediaannya tidak tepat, anda mungkin berdepan dengan kesan yang agak menyakitkan hati.

Selain memiliki risiko untuk berkulat ataupun rosak, penyimpanan tempoyak juga boleh memberikan kesan terhadap kawasan sekelilingnya.

Seperti salah satu babak dalam sebuah telefilem Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya (2014) arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Kisah berkenaan menceritakan kisah perjalanan sekumpulan orang kampung yang diketuai Cik Kiah, lakonan Delimawati yang ingin membawa Cik Senin (Man Kadir) ke Kelana Jaya bagi tujuan menunaikan haji.

Pasrah tempoyak di dapur meletup 

Ada satu babak, seorang penumpang dalam bas tersebut telah membawa tempoyak dalam kuantiti yang banyak.

Penumpang yang merupakan seorang wanita warga emas tersebut membawa tempoyak-tempoyak berkenaan untuk diberikan anaknya yang ingin berniaga.

Namun, ketika dalam perjalanan terbabit, tiba-tiba bekas tempoyak tersebut ‘meletup’ dan isi-isi tempoyak terpercik ke seluruh bas.

Kejadian ini berlaku secara tiba-tiba sehingga salah seorang penumpang berkata situasi tersebut seakan-akan perang.

Begitulah salah satu babak ikonik dalam filem arahan Mamat Khalid yang menyebabkan penonton tergelak sehingga tidak kering gusi.

Walaupun hanya lakonan semata-mata, namun situasi itu sebenarnya tidak mustahil boleh berlaku di dalam realiti.

Misalnya, sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini menyebabkan kita berfikir sejenak bahawa apa yang berlaku di dalam babak berkenaan sebenarnya agak masuk akal.

Video yang dikongsikan oleh JeroJerol (@jerojerol) itu menunjukkan keadaan kawasan dapur yang teruk terjejas akibat ‘letupan’ tempoyak.

Pada bahagian awal, video tersebut menunjukkan keadaan bekas tempoyak selepas ‘meletup’ dengan bahagian penutupnya sudahpun tercabut.

Kemudian, kamera diarahkan ke kawasan sekeliling dan ketika itu terserlah kesan sebenar ‘letupan’ berkenaan. Sisa-sisa tempoyak jelas berada di mana-mana.

Lebih dahsyat, letupan tempoyak tersebut boleh dikatakan agak kuat sehinggakan kesannya boleh dilihat pada kawasan yang lebih tinggi seperti rak dan siling dapur.

@jerojerol

pes tempoyok coming soon…

♬ original sound – nuyulufeas – nuyulufeas

Video berkenaan telah menarik perhatian warga maya yang turut terkesima dengan apa yang berlaku di dapur tersebut.

“Dah la aku baran. Dah kena gini aku tinggal je rumah aku duduk tepi jalan,” komen seorang pengguna.

“Tempoyak kalau dia duduk dalam pinggan, duduk sebelah nasi putih panas-panas memang menggiurkan… Akan tetapi, kalau duduk atas siling atas dinding… Aku mampu menaip sahaja…,” tulis seorang pengguna TikTok lain.

Namun, rata-ratanya ramai yang menaruh rasa simpati kepada individu yang bakal dipertanggungjawab dengan kerja-kerja pembersihan nanti.

BACA: Buat Macam Ni, Cara ‘Tepat’ Cuci Senduk Kayu, Semua Kotoran Minyak Berlemak Keluar

Sumber: jerojerol via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma