Guna Asam Jawa, Lelaki Ajar Cara Mudah Bersihkan Dan Tanam Uri
Sudah menjadi impian bagi setiap pasangan yang berkahwin untuk menimang cahaya mata mereka sendiri, kerana anak adalah pengikat utama dalam sesebuah perhubungan kekeluargaan.
Ada sesetengah pasangan mungkin rezeki mereka lebih cepat dan dapat menimang cahaya mata seawal satu tahun perkahwinan. Namun ada juga pasangan yang perlu menunggu lama untuk mendapat cahaya mata.
Proses kelahiran bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat, ia boleh mengambil masa yang lama.
Bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata pasti akan berdepan dengan situasi dalam menguruskan uri anak mereka.
Uri perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum ditanam di lokasi yang bersesuaian dengan keadaan semasa.
Namun tidak semua kaum bapa tahu mengenai proses membersihkan dan menanam uri ini.
Oleh itu, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan berkenaan proses membersihkan dan menanam uri dengan betul.
Perkongsian tersebut telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @razali_sheldon.
Menurut lelaki itu, proses itu dibuat selepas dia mendapat anak ketiga pada baru-baru ini.

Langkah yang pertama perlu dilakukan adalah dengan membuka plastik secara perlahan serta paip air.
“Biarkan uri tu terendam sikit dalam air, lepastu kita buanglah darah dan lendir-lendir yang ada dekat uri itu,” kata lelaki tersebut menerusi perkongsian videonya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan asam jawa untuk membuang lendir-lendir atau darah yang susah untuk dibuang tadi.

“Tiada yang khurafat guna asam jawa ni. Sebenarnya asam jawa ni kegunaan dia untuk biar darah dan lendir pada uri senang untuk tercabut.
“Korang sapu je asam jawa tu. Kalau darah pada uri dah tak ada, tak adalah nanti uri tu attract haiwan-haiwan sekeliling untuk gali dan makan uri yang korang tanam,” tambah lelaki itu lagi.
Selesai cuci uri dengan asam jawa, langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah dengan bilas sehingga bersih.
Balut uri dengan tisu atau kertas bagi menyerap darah dan lendir
Kemudian anda balut uri tadi dengan menggunakan tisu atau kertas-kertas yang boleh menyerap darah serta lendir pada uri tadi.
Selepas balut, sekarang anda boleh pilih lokasi yang sesuai untuk tanam uri tadi. Bagi lelaki tersebut, dia memilih lokasi bawah pokok untuk menanam uri kerana badan-badan kita mempunyai pelbagai nutrien.

Justeru, nanti uri yang ditanam tadi akan memberikan nutrien tersebut kepada pokok berkenaan.
BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat
Begitulah cara mudah untuk menguruskan uri tadi yang telah dikongsikan oleh pengguna TikTok tersebut.
Semoga perkongsian yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada kaum bapa yang bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.
@razali_sheldon
Sumber: TikTok/@razali_sheldon