Siakap Keli
trend lompat bot tiktok
Gambar: Twitter Alabama Law Enforcement Agency & TikTok

Pihak Berkuasa Nafi Kaitan Lompat Bot Hingga Patah Leher Dengan ‘Trend’ TikTok

Pihak Berkuasa Nafi Kaitan Lompat Bot Hingga Patah Leher Dengan ‘Trend’ TikTok

ALABAMA — Agensi Penguatkuasa Undang-Undang Alabama (ALEA) dalam satu kenyataan menafikan bahawa terdapat kes kematian di negeri itu yang berlaku disebabkan oleh cabaran di aplikasi TikTok.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh agensi itu dalam satu kenyataan di Twitter.

Ia berikutan Ketua skuad penyelamat Alabama, Kapten Jim Dennis mendakwa bahawa cabaran tersebut menyebabkan kematian terhadap empat orang di negeri itu sejak enam bulan lalu.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod dan bukti mengenai kejadian tersebut juga tidak wujud.

Pada 3 Julai, satu berita telah dikongsikan berkaitan pihak berkuasa yang memberi amaran tentang trend TikTok yang membawa maut selepas terdapat kes lemas di Alabama baru-baru ini.

“Walau bagaimanapun, maklumat yang dilaporkan itu adalah tidak benar.

“Unit Bahagian Peronda Marin Agensi Penguatkuasa Undang-undang Alabama (ALEA) tidak mempunyai sebarang rekod mengenai kejadian bot atau kematian berkaitan marin di negeri itu yang berkait rapat dengan TikTok atau trend di TikTok,” maklum agensi itu.

BACA JUGA: Patah Leher, Empat Maut Gara-Gara Buat Cabaran TikTok 

Tambah ALEA,  seorang individu yang parah selepas terjun dari bot yang bergerak pada 2020 tidak mempunyai kaitan dengan cabaran TikTok. Begitu juga kes yang melibatkan kematian yang terjadi pada 2021.

Dalam pada itu Jim Dennis pula berkata kenyataan awalnya telah dilaporkan di luar konteks.

“Terdapat empat kes lemas dalam tempoh enam hingga lapan bulan lalu dan ia sememangnya hanya kes lemas.

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa mereka meninggal dunia disebabkan oleh media sosial,” katanya.

Sementara itu, TikTok dalam satu kenyataan kepada  NBC News turut menafikan dakwaan mengenai cabaran atau trend lompat bot tiktok tersebut yang mengakibatkan kecederaan.

“Adalah tidak benar untuk menyifatkan dan melaporkan bahawa ia berlaku disebabkan cabaran TikTok,” maklum syarikat tersebut.

TikTok juga menegaskan bahawa pihaknya telah menetapkan panduan kepada pengguna apabila mereka menemui sesuatu yang berbahaya semasa melayari aplikasi itu.

Sumber: Twitter Alabama Law Enforcement Agency, Today.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?