Siakap Keli
banglo abang sanusi
Kredit Sinar Harian

“Rumah Ni Tak Besar Mana..,” Abang Sanusi Nafi Dakwaan Nilai Banglo Berharga RM7.8 Juta

“Rumah Ni Tak Besar Mana..,” Abang Sanusi Nafi Dakwaan Banglo Berharga RM7.8 Juta

Rumah banglo milik abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Kampung Batu Lapan dilaporkan bernilai RM1 juta dan bukannya RM7.8 juta seperti didakwa sesetengah pihak.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pemilik rumah tersebut iaitu Shabudin Md Nor, 57, yang kini tinggal di rumah pusaka milik keluarga isterinya.

Shabudin tinggal di rumah pusaka isterinya itu setelah bapa mentuanya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Kata Shabudin, sebelum ini keluarganya telah menetap di Sungai Petani. Namun dia mengambil keputusan untuk berpindah ke Sik bagi menemani ibu mertuanya.

“Baru-baru ini, ibu mentua pula meninggal dunia tetapi kami sekeluarga masih menetap di sini, sebab seronok tinggal di kampung. Sebab itu buat rumah di belakang rumah pusaka yang telah uzur,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Shabudin yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjelaskan bahawa banglo yang dibina sejak Februari 2022 itu berkeluasan 371 meter persegi.

Rumah itu juga mempunyai enam bilik dan tempat letak kereta khas.

“Berita RM7.8 juta tak betul, ada laman web yang saya beli pelan rumah ni dah tulis kenyataan anggaran harga masa tu lebih kurang RM800,000 sahaja.

“Muhammad Sanusi tiada kaitan dengan pembinaan rumah ini tetapi menteri besar adalah adik saya. Bagi saya, rumah ini tidaklah besar mana. Ada lagi yang lebih besar di Sik tetapi oleh kerana saya abang kepada menteri besar, jadi tular,” katanya. 

Kredit Sinar Harian

Kini bekerja sebagai penyelam dasar laut

Sementara itu, Shabudin yang aktif dalam kariernya sebagai penyelam dasar laut selepas bersara berkata, rumah banglo itu dibina hasil daripada titik peluhnya sendiri.

Apabila diminta untuk mengulas berkenaan bayaran gaji yang diperolehi, dia enggan mengulas lanjut. Namun memberitahu bahawa dia sering dibayar dalam dolar AS.

Tambahnya lagi, kini banglo tersebut sudah siap sepenuhnya dan mereka sekeluarga akan berpindah ke rumah tersebut selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Dalam pada itu, Shabudin turut mengakui bahawa dia sebagai anak kedua daripada 13 beradik kerap membantu ibu bapanya. Terutamanya dalam menyara persekolahan adik-adik yang lain.

Setelah diajukan berkenaan cerita tular berkenaan rumah banglonya itu, dia menjawab bahawa semua harta yang dimiliki ini hanya pinjaman sementara dari-Nya.

“Saya tak ambil kisah pun orang nak cerita apa, cuma isteri dan anak-anak kurang selesa… bagi saya, ini semua (cerita) politik semata-mata,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian ada melaporkan berkenaan rumah banglo itu.  Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan Muhammad Sanusi seperti yang tular di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.