Tiga Ahli Kumpulan Super Junior Tak Mahu “Renew” Kontrak, Umum Tinggalkan SM Entertainment
Tiga ahli kumpulan K-pop popular Super Junior, Donghae, Eunhyuk dan Kyuhyun akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada agensi pengurusan SM Entertainment.
Memetik Astro Awani, pengumuman itu dibuat selepas lebih daripada 17 tahun menjadi kumpulan di bawah label tersebut.
Pengumuman itu dibuat SM Entertainment menerusi kenyataan rasminya yang menyatakan bahawa Eunhyuk, Donghae dan Kyuhyun tidak akan memperbaharui kontrak bersama mereka.
Namun ketiga-tiga bintang itu masih akan meneruskan aktiviti seni mereka pada masa akan datang.
“Namun begitu, Eunhyuk, Donghae, dan Kyuhyun akan meneruskan promosi Super Junior bersama SM.
“Kami akan memberikan sokongan kepada mereka bertiga ketika berdepan cabaran baharu dan merancang berkomunikasi rapat supaya aktiviti berkumpulan atau solo mereka berlangsung efektif,” katanya.
Sementara itu, baki aggota Super Junior yang lain seperti Leeteuk, Kim Heechul, Yesung, Shindong, Choi Siwon dan Ryeowook dilaporkan telah memperbaharui kontrak mereka.
Sebelum ini, Donghae dan Eunhyuk menyertai Super Junior pada tahun 2005 kemudian diikuti Kyuhyun pada tahun seterusnya iaitu 2006.
Anak Malaysia, Alyssa Sertai Universe Ticket, Program Tv Cari Bakat Tubuh Kumpulan K-Pop Baru
Terdahulu, seorang gadis Malaysia yang hanya dikenali sebagai Alyssa mencuri tumpuan komuniti peminat dunia hiburan Korea Selatan baru-baru ini.
Ia apabila namanya diumumkan sebahagian daripada peserta program realiti tv terkenal, Universe Ticket terbitan SBS. Program berkenaan bertujuan mencari bakat-bakat segar untuk membentuk kumpulan K-Pop generasi baharu.
Menerusi satu hantaran di Twitter Universe Ticket, beberapa keping foto Alyssa turut dimuat naik bersama 41 peserta lain program tersebut.
Alyssa atau Aly dilahirkan pada tahun 2005 dan meminati beberapa buah kumpulan K-Pop antaranya fromis_9, EXO, NCT, THE BOYZ, Golden Child, aespa dan IVE.
BACA: Bukan Saja-Saja Letak, Ini Fungsi Lubang Kecil Pada Topi
Memetik laporan Soompi, lapan peserta terakhir akan dipilih menerusi program realiti tv berkenaan untuk membentuk sebuah kumpulan K-Pop berkenaan. Kumpulan itu seterusnya akan diurus dan diselia oleh F&F Entertainment.
Syarikat berkenaan akan bertanggungjawab untuk membantu mempromosikan kumpulan baharu itu untuk tempoh selama dua tahun dan enam bulan.
SBS dilaporkan mula menjalankan sesi ujibakat sejak Mac lepas bagi mencari bakat muda untuk menyertai program tersebut.
Sumber: Astro Awani