Siakap Keli
alyssa universe ticket
Kredit: SBS

Anak Malaysia, Alyssa Sertai Universe Ticket, Program Tv Cari Bakat Tubuh Kumpulan K-Pop Baru

Anak Malaysia, Alyssa Sertai Universe Ticket, Program Tv Cari Bakat Tubuh Kumpulan K-Pop Baru

Seorang gadis Malaysia yang hanya dikenali sebagai Alyssa mencuri tumpuan komuniti peminat dunia hiburan Korea Selatan baru-baru ini.

Ia apabila namanya diumumkan sebahagian daripada peserta program realiti tv terkenal, Universe Ticket terbitan SBS. Program berkenaan bertujuan mencari bakat-bakat segar untuk membentuk kumpulan K-Pop generasi baharu.

Menerusi satu hantaran di Twitter Universe Ticket, beberapa keping foto Alyssa turut dimuat naik bersama 41 peserta lain program tersebut.

Alyssa atau Aly dilahirkan pada tahun 2005 dan meminati beberapa buah kumpulan K-Pop antaranya fromis_9, EXO, NCT, THE BOYZ, Golden Child, aespa dan IVE.

Memetik laporan Soompi, lapan peserta terakhir akan dipilih menerusi program realiti tv berkenaan untuk membentuk sebuah kumpulan K-Pop berkenaan. Kumpulan itu seterusnya akan diurus dan diselia oleh F&F Entertainment.

Syarikat berkenaan akan bertanggungjawab untuk membantu mempromosikan kumpulan baharu itu untuk tempoh selama dua tahun dan enam bulan.

SBS dilaporkan mula menjalankan sesi ujibakat sejak Mac lepas bagi mencari bakat muda untuk menyertai program tersebut.

Sesi ujibakat tersebut dijalankan secara global dan boleh disertai oleh semua gadis-gadis termasuk di luar Korea Selatan.

Ia bertujuan untuk memberi peluang sama rata kepada mereka yang bercita untuk berkecimpung dalam antara industri paling glamour itu.

BACA: “Persatuan Ibu Mengandung Pun Undi”, Sebak, Ramai Nak Tengok Bell Ngasri Menang Anugerah

Selain menampilkan para pendatang baru, program realiti ini juga terbuka bagi peserta yang telah memiliki pengalaman debut dalam industri hiburan.

Dalam pada itu, komuniti peminat K-Pop tempatan turut menyatakan sokongan masing-masing terhadap Alyssa dan berharap impian gadis itu tercapai.

“Sila berikan sokongan anda terhadap Alyssa, Malaysia,”

Selain Alyssa, beberapa peserta dari negara Asia Timur dan Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan lain-lain turut dilapor menyertai program tersebut.

Sebelum ini, SBS pernah menganjurkan sebuah rancangan realiti yang bertajuk “LOUD”. Program hasil kolaborasi antara JYP Entertainment dan P Nation adalah untuk mencari bakat bagi membentuk sebuah kumpulan K-Pop lelaki.

Namun begitu, pada akhir rancangan, dua buah kumpulan berjaya dibentuk yang dikenali sebagai TNX dan JYPBNG.

BACA: Pasrah Tempoyak ‘Meletup’, Kawasan Dapur Dah Jadi Macam Zon Perang

Sumber: Soompi, SBS Universe Ticket

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma