Siakap Keli
Persatuan Ibu Mengandung Pun Sokong Bell Ngasri Dapat Anugerah Baru-baru ini, Bell Ngasri dilaporkan telah mencalonkan diri dalam satu anugerah berprestij di Malaysia.
Kredit: Facebook

“Persatuan Ibu Mengandung Pun Undi”, Sebak, Ramai Nak Tengok Bell Ngasri Menang Anugerah

“Persatuan Ibu Mengandung Pun Undi”, Sebak, Ramai Nak Tengok Bell Ngasri Menang Anugerah

Baru-baru ini, Bell Ngasri dilaporkan telah telah tercalon sebagai lima calon terakhir dalam satu anugerah hiburan berprestij tanah air.

Difahamkan, pelawak berusia kira-kira 43 tahun itu telah tercalon dalam dua buah kategori anugerah tersebut.

Berita mengenai pencalonan tersebut kemudian tersebar di alam maya, sekaligus menarik perhatian ramai pengguna media sosial.

Rata-rata peminat berkongsi keterujaan dan mahukan Bell memenangi anugerah tersebut. Sokongan padu yang diberi jelas dapat dilihat apabila ramai yang membicarakan mengenai Bell sama ada di Facebook, Twitter mahupun TikTok.

Malah, ramai juga berpendapat bahawa peminat dunia hiburan tempatan ketika ini sedang dilanda ‘Demam Bell Ngasri’ yang mendatangkan kesan sokongan yang tidak disangka-sangka.

Bell sendiri juga nyata amat terkejut apabila pencalonan tersebut diraikan oleh para peminat yang tidak henti-henti memberi sokongan dalam bentuk undian kepadanya.

“Saya tak sangka dapat sokongan sebegini rupa..”

Kata Bell, beliau telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak. Antaranya dari rakan-rakan artis, kumpulan negeri-negeri dan persatuan-persatuan di Facenook.

“Dari negeri yang bukan asal saya pun ada, kawan-kawan artis-artis yang lebih hebat dan lebih popular pun ada. Persatuan itu, persatuan ini dan macam-macam lagi,” katanya.

Bukan main-main, persatuan ibu mengandung turut menyokong percalonan Bell Ngasri

Lebih mengejutkan, percalonan Bell Ngasri turut disokong dan dimuat naik dalam sebuah kumpulan Facebook yang terdiri daripada ahli persatuan ibu-ibu mengandung.

Hal ini dapat dilihat menerusi sebuah hantaran dalam halaman Facebook Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung pada lima hari lepas.

“Jom mommies (ibu-ibu), tahun ini kita sama-sama realisasikan impian #barkoba Bell Ngasri untuk menang anugerah.

“Geng 80an-90an mesti tahu Bell sudah hiburkan kita sejak dia kecil. Tetapi tak pernah lagi dapat apa anugerah pun,”

Susulan hantaran tersebut, Bell sangat terharu dan sempat berseloroh mengenainya dalam hantaran yang sama.

“Tapi yang tak tahan yang last tu, persatuan ibu mengandung pun ada. Terus saya terbayang masa ibu-ibu mengandung tu tengah nak beranak pun masih mengundi. Lepas tu, anak baru lahir tu pun mengundi juga,”

Menerima sokongan yang cukup padu dari pelbagai pihak, artis kelahiran Petaling, Selangor tersebut berterima kasih dan menghargai setiap sokongan yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih sangat-sangat. Top 5 ini pun saya dah bersyukur sangat.

“Saya tetap sama sahaja. Sama sahaja macam orang lain,” jelas Bell menerusi kenyataannya di Facebook.

BACA: Jangan Terus Buang, Buat Benda Ini Jika Dapur Gas Tak Berfungsi

Sumber: Bell Ngasri via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma