Siakap Keli
abdullah abbas neelofa
Kredit: Instagram/Neelofa

Abdullah Abbas Nama Anak Kedua Neelofa

Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor hari ini berkongsi nama cahaya mata keduanya berserta maksud, seperti yang dijanjikan olehnya seminggu lalu.

Dalam perkongsian di Instagram, Neelofa dan suaminya,  Haris Ismail membuat kata putus untuk memberikan nama anak lelakinya, Abdullah Abbas.

Pilih nama berdasarkan hadith Nabi Muhammad SAW

Menarik untuk dikatakan bahawa pemilihan nama anak keduanya ini adalah hasil daripada rujukan terhadap hadith Nabi Muhammad SAW.

Kata Neelofa, istilah ‘Abdullah’ dan ‘Abbas’ itu sendiri masing-masing memiliki ‘sebab’ di sebaliknya, selain kedua-duanya ada kelebihannya tersendiri.

Berikut perkongsiannya:

Kredit: @Neelofa/Instagram

Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas.

Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya

‎اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”

Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).

BACA: Neelofa Timang Cahaya Mata Kedua, Bakal Umum Nama Hari Ke-7

Makna Bilal

Dalam pada itu, selebriti berusia 34 tahun juga mengambil peluang berkongsi kepada umum makna disebalik nama puteranya, Bilal.

Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.

Sehingga ada hadith nabi saw bertanya.

Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga.

Dan Bilal menjawab

‎مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ.

“Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat,” Riwayat al-Bukhari (1149).

Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A.

Dia turut berharap agar Abdullah Abbas juga dipilih Allah swt untuk menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

Menurutnya, bahagia buat dirinya dan suaminya dengan kehadiran Abdullah Abbas hanya Allah sahaja yang tahu.

Sumber: @Neelofa/Instagram

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana