Enjin Bunyi Mengaum Waktu Turun Bukit, Apa Kaitannya Dengan ‘Engine Braking’?
Anda pernah alami tak apabila sedang memandu menuruni bukit, tiba-tiba enjin kereta anda mengeluarkan bunyi seakan mengaum. Apa sebab kereta anda keluarkan bunyi tersebut?
Penulisan pada hari ini akan membincangkan keadaan itu dan apa kaitannya dengan engine braking.
Apakah brek enjin?
Sebelum itu mari kita ketahui dahulu apa itu engine braking atau brek enjin. Brek enjin pada asasnya adalah proses memperlahankan kereta dengan melepaskan pemecut dan beralih ke gear rendah serta tidak menggunakan brek kaki.
Daripada segi teknikal, ia menggunakan daya nyahpecutan dalam enjin untuk memperlahankan kelajuan pusingan roda.
Ini berlaku apabila pedal pemecut dilepaskan, ia menutup injap pengambilan udara untuk mencipta vakum. Keadaan ini seterusnya menyekat aliran udara ke silinder, melemahkan tenaga dan mencipta daya brek yang akan membuatkan kereta berhenti.

Brek enjin ini hanya berfungsi apabila kereta anda berada dalam keadaan gear tersedia. Apabila klac dilepaskan, daya nyahpecutan yang dihasilkan dengan pemecut tidak dipindahkan ke pacuan, jadi roda anda akan terus bergerak pada kelajuan yang sama.
Jika anda beralih ke gear yang lebih rendah, maka anda boleh mempercepatkan brek enjin. Lebih tinggi RPM, lebih banyak tork dipindahkan melalui transmisi, lalu membantu memperlahankan atau memberhentikan kereta dengan terkawal dan pantas.
Brek enjin bagi kereta auto
Dalam kenderaan pengguna biasa dengan transmisi automatik, brek enjin jarang digunakan. Tetapi secara teknikal adalah ia menukar dari Drive (D) ke Low (L).
L memastikan kenderaan dalam gear rendah, jadi ia akan menyeret kelajuan kenderaan secara perlahan apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal minyak.

Menukar gear ke gear neutral (N) semasa memandu? Jangan sesekali melakukan ini semasa memandu dengan laju. Ia boleh digunakan dengan selamat apabila anda menukar ke L sebelum menuruni bukit.
Sesetengah kereta dengan transmisi automatik yang mempunyai kapasiti untuk pemandu menukar gear, sama ada melalui penukar padel atau tuil gear yang dipasang di konsol juga boleh menggunakan brek enjin.
Apa yang perlu dilakukan oleh pemandu ialah beralih ke gear lebih rendah lalu biarkan gear yang lebih rendah mengawal kelajuan kenderaan anda.
Namun, beralih ke gear yang terlalu rendah semasa bergerak dengan kelajuan yang terlalu laju boleh menyebabkan ia berada di tahap maksimum dan merosakkan enjin kereta anda.
Bila waktu yang sesuai untuk gunakan brek enjin?
Masa terbaik untuk menggunakan brek enjin adalah sewaktu graviti meningkatkan momentum kenderaan dan memerlukan tenaga lebih daripada biasa untuk menghentikan kenderaan.
Dalam situasi ini, menggunakan brek enjin akan membantu mengelakkan brek rosak dan seterusnya menjadikan persekitaran anda lebih selamat.
Brek enjin akan memberi anda putaran yang tinggi, jadi sesetengah pemandu bimbang ia boleh merosakkan enjin kenderaan mereka. Ini semua bergantung pada jarak RPM yang hampir dengan garis merah, dan berapa lama ia kekal di kedudukan itu.
BACA: Kini Terjawab, Ini Rupanya Video Asal Suara Gelak Semput Yang “Viral” Di TikTok
Memandu sewaktu menuruni bukit
Jika anda memandu menuruni bukit untuk tempoh yang lama, adalah penting untuk anda tidak menggunakan brek secara berlebihan bagi memperlahankan kereta.

Apabila kereta mendapat momentum dengan daya graviti, lebih banyak brek diperlukan untuk memperlahankannya. Ini bermakna brek boleh mula tidak makan akibat terlalu panas dan mengurangkan geseran.
Dalam keadaan ini, brek enjin boleh menjadi penyelamat. Sebab itulah banyak papan tanda di puncak bukit curam yang memberitahu pemandu agar menukar gear lebih rendah.
Gear tiga atau dua akan membantu kereta kekal pada kelajuan yang stabil dan membolehkan anda menekan brek dengan perlahan sewaktu turun bukit.
Kesimpulannya, sewaktu menuruni bukit pastikan anda menggunakan brek enjin (melalui penggunaan gear rendah) dan menggunakannya dengan cara yang betul.
Apabila ia tidak digunakan dengan betul, maka anda akan mendengar enjin anda mengeluarkan bunyi seakan mengaum akibat kesalahan penggunaan tersebut.