Siakap Keli
Pearly Tan smash terpantas dunia
Kredit: Bernama

Pearly Tan Cipta Rekod “Smash” Terpantas Di Dunia, 438 km/j

Pearly Tan Cipta Rekod “Smash” Terpantas Di Dunia, 438 km/j

Pemain badminton regu wanita, Pearly Tan kini diiktiraf sebagai pemain badminton wanita yang memiliki pukulan (smash) terpantas di dunia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jenama sukan terkemuka global, Yonex, rekod berkenaan disahkan oleh Guinness World Record.

Difahamkan, pemain kelahiran Kedah itu berjaya mencatatkan pukulan pada kelajuan 438 kilometer per jam. Dengan catatan berkenaan, Pearly muncul sebagai pemain wanita pertama yang berjaya memegang rekod dunia berkenaan.

Menurut Yonex, Pearly mencatatkan rekod berkenaan di gymnasium kilang Yonex Tokyo di Jepun pada 14 April lepas. Acara berkenaan turut dihadiri oleh juri-juri daripada Guinness World Records yang sekaligus mengesahkan rekod tersebut.

Pearly Tan cipta rekod dunia, smash terpantas 438 km/j

Seorang lagi pemain badminton dibawah Yonex, Satwiksairaj Rankireddy, turut berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara tersebut. Pemain badminton perseorangan India itu berjaya memecahkan rekod pukulan atau smash terpantas pemain badminton lelaki.

Rankireddy berjaya mencatatkan pukulan pada kelajuan 565 km/j, sekaligus berjaya memecahkan rekod dunia berusia lebih 10 tahun.

Rekod lama dalam kategori berkenaan dicatatkan pada Mei 2013 dimana kelajuan yang berjaya direkodkan ketika itu adalah 493 km/j.

Menurut Yonex lagi, rekod-rekod yang dicatatkan oleh kedua-dua atlet berkenaan sekaligus berjaya membuktikan bahawa badminton adalah sebuah permainan yang pantas.

Pearly Tan smash terpantas dunia
Gambar: Yonex

Terdahulu, Pearly Tan bersama gandingannya, M. Thinaah berjaya mencuri tumpuan dan menjadi pemain badminton regu wanita sensasi terbaharu negara.

Pasangan tersebut berjaya menampilkan persembahan menakjubkan sejak kebelakangan ini di pentas saingan badminton dunia.

Antara percampaian terbaik mereka tentunya muncul sebagai juara Terbuka Switzerland pada 2021 dan juara Terbuka Perancis pada 2022.

Bulan lepas, pasangan berkenaan berjaya mara hingga ke peringkat akhir Malaysia Masters. Bagaimanapun, hasrat mereka untuk menjulang kejuaraan di tanah air sendiri tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan di set penentuan.

Terkini, kedua-duanya sedang mengharungi cabaran di Terbuka Korea Selatan. Menurut tweet yang dibuat BAM sebentar tadi, Pearly/Thinaah berjaya menewaskan pasangan Jepun di Pusingan 32 untuk mara ke peringkat seterusnya.

BACA: Malaysia Dahulu Senarai 10 Tempat Selamat Untuk Bersara Di Asia

Sumber: Yonex

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.