Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Sahkan Ibu Murung, Hadapi Kekangan Hidup Punca Serahkan Anak Kepada Pusat Jagaan

Iqbal Yasir
ibu murung anak pusat jagaan
Gambar: Bernama

Polis Sahkan Ibu Murung, Hadapi Kekangan Hidup Punca Serahkan Anak Kepada Pusat Jagaan

JOHOR BAHRU — Polis mengesahkan bahawa tiada elemen pengabaian, penderaan atau gangguan seksual berhubung kiriman tular yang mendakwa seorang kanak-kanak perempuan telah dibuang oleh ibunya kerana berkahwin baharu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, ibu kanak-kanak terbabit sebenarnya terpaksa menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan selepas berdepan kekangan hidup.

Menurutnya, pihaknya juga telah menerima laporan daripada seorang pengurus taska di kawasan Taman Scientex, Pasir Gudang.

Jelasnya, pengadu, 42, yang merupakan seorang wanita tempatan telah datang membuat laporan di Balai Polis Taman Scientex kira-kira pada jam 8 malam pada Sabtu lalu.

Ia bagi menghantar kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 11 tahun tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Difahamkan, ibu kanak-kanak itu tidak sanggup menjaga anaknya dan kanak-kanak itu juga dikatakan pernah lari dari rumah.

Dalam pada itu, ibu kanak-kanak tersebut, 38, juga telah membuat laporan yang mengatakan bahawa dengan rela hati telah menyerahkan kanak-kanak tersebut kepada pihak pusat jagaan kanak-kanak perempuan di kawasan Johor Bahru.

BACA JUGA: Polis Johor Lengkapkan Siasatan Kes Dera Bayi Di Taska

Ibu Murung Punca Anak Serahkan Ke Pusat Jagaan

Tambah Sohaimi, hasil siasatan mendapati ibu kanak-kanak terbabit mempunyai masalah kemurungan “Depression Disorder”. Dia kini sedang mendapatkan rawatan bulanan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Manakala anak perempuannya itu kini ditempatkan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Perempuan TBQ Amal, Johor Bahru.

Kes itu diklasifikasi rujuk lain Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Tiada dikesan elemen pengabaian, penderaan, atau pun gangguan seksual ke atas kanak-kanak berkenaan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Sebelum ini, tular satu hantaran berhubung kes pengabaian kanak-kanak tersebut di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Sumber: Polis Daerah Seri Alam

BACA JUGA: Tular Video ‘Hempuk’ Budak Dengan Meja, Polis Reman Ibu Bantu Siasatan Kes Dera Anak