Siakap Keli
tiket konsert judika laku keras
Gambar: Instagram Judika Sihatong

Tiket Konsert Judika Laku Keras, Ramai Minta Tambah Sehari Lagi 

Tiket Konsert Judika Laku Keras, Ramai Minta Tambah Sehari Lagi 

Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang dilaporkan mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana tiket ‘laku keras’ hanya dalam beberapa jam selepas jualan bermula, lapor Astro Gempak.

Menurut pihak penganjur, Alha Alfa bersama Kharisma Music & DAD Entertainment, mereka tidak menyangka dengan sambutan luar biasa oleh peminat.

Difahamkan, konsert yang bakal dilangsungkan pada 21 Oktober di Axiata Arena itu berkemungkinan ditambah kepada dua malam.

Perkara itu susulan terdapat permintaan daripada sebahagian peminat terhadap penyanyi dari negara jiran berkenaan.

Penyanyi kelahiran Sumatera Barat, Judika sewaktu disoal secara langsung mengakui hanya mempersiapkan diri untuk satu malam sahaja.

Gambar: Instagram Judika Sihatong

Sehubungan itu, sekiranya konsert ingin diadakan selama dua malam, pihak pengurusan perlu membuat pertimbangan dan perbincangan terlebih dahulu bersama pihak penganjur, maklum Judika.

“Saya mempersiapkan diri untuk sehari konsert. Jika dua hari, saya perlukan strategi baharu.

“Ini kerana semua lagu-lagu saya bernada tinggi dan ini juga konsert pertama saya bersama geng lain. Jadi saya pasti akan melakukan yang paling baik di sini.

“Tapi nanti jika saya bilang ‘okay dua hari’, itu bermaksud saya sudah siap untuk melakukannya,” ujarnya.

Penyanyi Indonesia itu turut hadir dalam sidang media Rockmantic Night Judika & The Gang di Pavilion Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Neelofa Timang Cahaya Mata Kedua, Bakal Umum Nama Hari Ke-7

Dalam pada itu, pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati juga bakal memimpin konsert tersebut.

Jelas Judika, ia bakal menjadi momen manis terhadap penonton yang bakal hadir.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh Haqiem Rusli yang merupakan salah seorang penyanyi tempatan. Haqiem dilaporkan bakal berkongsi pentas yang sama dengan Judika.

Tambahnya, dia bakal melakukan persembahan yang terbaik apatah lagi berkongsi panggung nyanyian bersama penyanyi itu merupakan impiannya.

“Saya sangat mengagumi Judika, jadi sewaktu dapat tawaran saya beritahu pengurus terus on dan ketepikan tawaran lain. Jadi, sudah pasti saya akan berikan yang terbaik,” katanya.

Gambar: Instagram Judika Sihatong

Sementara itu, salah seorang penyanyi tempatan, Marsha Milan, dia sangat teruja untuk bergandingan dengan penyanyi yang mempunyai lantunan vokal yang ‘padu’. Lebih-lebih lagi, beliau juga bakal pertama kali berganding dengan Judika.

“Sebab ini adalah antara momen tergempak dalam sejarah hidup saya (konsert bersama Judika & The Gang).

“Jadi, persiapan mental sangat diperlukan,” jelasnya.

Dijangka sekitar 12,000 peminat bakal membanjiri konsert tersebut dalam dua segmen solo dan duet yang bakal berlangsung selama dua jam.

Pun begitu, pemilihan lagu masih belum dimaklumkan.

Sumber: Astro Gempak

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?