Siakap Keli
Isu Tanggungjawab, Diana Danielle Fail Nusyuz Terhadap Farid Kamil
Kredit: Sinar Harian

Isu Tanggungjawab Selaku Suami, Diana Danielle Fail Nusyuz Terhadap Farid Kamil

Isu Tanggungjawab Selaku Suami, Diana Danielle Fail Nusyuz Terhadap Farid Kamil

Pelakon wanita, Diana Danielle telah memfailkan permohonan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis, hari ini.

Menurut Sinar Harian, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson diwakili oleh peguam syarie, Azmi Mohd Rais dalam tuntutan tersebut.

Kata Azmi yang mewakili anak guamnya, antara alasan tuntutan dibuat adalah menyentuh isu tanggungjawab Farid selaku suami.

“Pihak kita memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Farid hari ini, namun terma-terma permohonan itu secara terperinci tidak boleh didedahkan,” jelas peguam itu ketika ditemui selepas sebutan kes tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sebutan kes yang dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.

Dalam pada itu, Azmi berkata pihaknya telah memfailkan tuntutan balas pada prosiding yang sama, susulan permohonan tuntutan nusyuz oleh Farid atau Farid Kamil Zahari (42) pada 6 April lepas.

Manakala, Farid yang diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan pula berkata, anak guamnya selaku plaintif tidak dapat hadir ke mahkamah kerana dijangkiti Covid-19.

“Status kesihatannya telah didaftarkan dalam MySejahtera namun ketidakhadirannya tidak akan mengganggu prosiding hari ini,” jelasnya.

Oleh sebab itu, Mahkamah telah menetapkan sebutan semula kes nusyuz yang difailkan Farid pada 23 Ogos depan. Manakala kedua-dua pihak perlu memfailkan tuntutan balas termasuk jawapan terhadap pembelaan masing-masing.

Tiga bulan lepas, Farid telah menegaskan bahawa tuntutan nusyuz yang difailkan terhadap Diana bukanlah untuk menegangkan keadaan.

Sebaliknya, tuntutan tersebut dilakukan adalah untuk menegakkan haknya sebagai seorang suami mengikut lunas undang-undang Islam.

Ketika ditemui selepas prosiding selesai, Diana berkata tuntutan nusyuz terhadap suaminya merupakan proses yang normal.

Proses ini biasa dilakukan bagi mana-mana pasangan suami isteri yang sedang berdepan dengan masalah rumah tangga.

“Saya terima kerana bagi saya sesiapa boleh memfailkan apa yang mereka mahu tetapi kena diikuti dengan bukti dan fakta, jadi kita akan tunggu dan lihat,” kata pelakon terbabit.

Diana yang terkenal dengan lakonannya dalam filem Imaginur turut mengakui bahawa tidak mudah baginya untuk melalui  kemelut ini.

Walau bagaimanapun, beliau tetap akan mempertahankan haknya selagi kes ini belum dimuktamadkan.

“Saya harap dapat keputusan terbaik dan berakhir dengan sesuatu yang aman.

“Saya tak mahu komen apa-apa tentang pihak sebelah sana, semoga sihat-sihat sahaja,” kata pelakon itu selepas ditanya mengenai tahap kesihatan Farid selepas dilaporkan menghidap Covid-19.

Sebelum ini, Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil pada 10 Mac lalu.

Difahamkan, Diana telah berbuat demikian kerana alasannya tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Walau bagaimanapun, suaminya enggan melafazkan cerai tersebut dan pasangan tersebut dilaporkan sudah tidak lagi tinggal serumah.

Berdasarkan rekod, mereka telah berkahwin pada 3 November 2012 dan memperoleh dua cahaya mata iaitu Muhammad (10) dan Aurora (8).

BACA: Pernah Terfikir Macam Mana Air Laut Jadi Masin, Mana Datangnya Garam? Ini Jawapannya

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.