Siakap Keli
objek bahan letupan siti kasim

Polis Sahkan Objek Ditemui Di Bawah Kereta Siti Kasim Bahan Letupan IED

Polis Sahkan Objek Ditemui Di Bawah Kereta Siti Kasim Bahan Letupan IED

Polis mengesahkan bahawa objek mencurigakan yang ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim adalah bahan letupan.

Menurut Astro Awani, bahan letupan yang ditemui di bawah kereta aktivis dan peguam terbabit adalah  jenis bahan letupan termampat (IED).

Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata pihaknya bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada bahan letupan itu masih aktif atau sebaliknya pada masa ini.

“Bahan letupan ini akan diserahkan kepada pakar untuk dianalisis sebelum kesimpulan lebih terperinci dapat diberikan.

“Kita juga belum mengambil keterangan lanjut daripada pemilik kenderaan (Siti Kasim).

“Siti Kasim memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang ancaman namun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Sebelum ini, satu pasukan pegawai dari Unit Pemusnah Bom (UPB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) tekah  menjalankan ujian ke atas objek mencurigai itu.

Objek tersebut adalah dua botol plastik yang dipasang pada bahagian berhampiran tayar belakang kereta yang dihantar ke pusat servis di Jalan Maarof, Bangsar.

Polis turut menutup hampir keseluruhan laluan berhampiran pusat servis berkenaan bagi membolehkan ujian pengesahan bahan letupan dilakukan oleh UPB.

Ujian pengesahan turut dibantu oleh pihak lain seperti  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.

BACA: Bang Yongguk ‘Hentikan’ Konsert, Ingatkan Peminat “Maghrib Dah Masuk”

Sumber: Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.