Siakap Keli
Bang yongguk maghrib
Kredit: Twitter

Bang Yongguk ‘Hentikan’ Konsert, Ingatkan Peminat “Maghrib Dah Masuk”

Bang Yongguk ‘Hentikan’ Konsert, Ingatkan Peminat “Maghrib Dah Masuk”

Nama bintang K-Pop, Bang Yongguk tiba-tiba menjadi viral ekoran tindakan penuh prihatin beliau ketika mengadakan konsert di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurut laman Twitter, Malaysian Kpop Fans (MKF), Bang Yongguk bertindak menghentikan konsert sementara dan mengingatkan para peminat yang beragama Islam bahawa waktu solat Maghrib telah masuk.

Bang Yongguk seterusnya memberikan ruang kepada para peminat untuk mengejarkan ibadah tersebut terlebih dahulu. Malah, penganjur dikatakan turut menyediakan ruang solat berdekatan lokasi konsert berkenaan berjalan.

Bukan itu sahaja, beliau turut menjelaskan kepada para peminat dari luar negara berkenaan keperluan waktu rehat terbabit.

Penerangan ini dapat membantu peminat, khususnya dari luar negara untuk memahami demografi masyarakat di Malaysia.

Menerusi hantaran itu lagi, MKF memuji tindakan Bang Yongguk yang disifatkan memahami serta menghormati kepelbagaian adat, budaya dan agama para peminatnya.

Selain itu, ucapan artis berkenaan semasa konsert tersebut berlangsung turut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Menurut Malaysia Kpop Fans (MKF), terjemahan bahasa Melayu tersebut merupakan permintaan dari Bang Yongguk sendiri.

Untuk makluman para pembaca, Bang Yongguk merupakan ahli kumpulan K-Pop, B.A.P. Konsert solo beliau yang berlangsung di Shantanand Auditorium, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada destinasi konsert jelajah Asia, The Colors Of Bang Yongguk‘.

Manila, Singapura dan Hong Kong adalah antara lokasi lain di Asia yang terlibat dengan konsert berkenaan.

Pernah menganggotai kumpulan K-Pop, B.A.P

Selain bergelar penyanyi, Yongguk juga seorang penulis lagu dan memulakan kerjaya seninya sebagai ahli kumpulan B.A.P bersama lima ahli yang lain. Beliau turut bertindak sebagai ketua kumpulan tersebut yang bernaung di bawah TS Entertaiment sejak 2012.

Walaupun melakukan debut sebagai penyanyi solo pada 2011 melalui albul I Remember, Yongguk kekal bersama agensi tersebut sehingga kontraknya tamat pada 2018.

Pada 30 Mac 2023, beliau telah menjadi menjadi artis pertama yang direkrut oleh sebuah agensi pengurusan baharu, YY Entertainment.

Terdahulu, agensi berkenaan telah mengeluarkan album mini kedua Bang Yongguk yang berjudul The Colours Of Love. Album berkenaan turut dikeluarkan bersama sebuah video muzik bagi lagu yang berjudul “Ride or Die”.

BACA: Pernah Terfikir Macam Mana Air Laut Jadi Masin, Mana Datangnya Garam? Ini Jawapannya

Sumber: @msiakpopfans via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma