Siakap Keli
fungsi bulu kening
Kredit Shutterstock, Boston Herald

Salah Satu Cara Untuk Berkomunikasi, Ini Sebenarnya Fungsi Bulu Kening Ramai Tak Tahu

Salah Satu Cara Untuk Berkomunikasi, Ini Sebenarnya Fungsi Bulu Kening Ramai Tak Tahu

Setiap perkara yang dimiliki oleh seseorang manusia pada tubuh badannya pasti memiliki fungsi yang tersendiri.

Sebagai contoh mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk menghidu dan sebagainya.

Namun tidak semua orang tahu tentang fungsi kewujudan bulu kening disebabkan oleh apa?

Justeru penulisan pada hari ini akan berkongsikan kepada pembaca tentang fungsi sebenar bulu kening kepada manusia.

Apa fungsi bulu kening? 

Menurut pakar, bulu kening mempunyai dua tujuan utama iaitu untuk menjaga kelembapan mata dan berkomunikasi. Kening akan menunjukkan bentuk wajah kita dan bagaimana cara untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Kening sangat membantu anda untuk melindungi mata daripada peluh, habuk atau kotoran, di mana ia dipercayai dapat menapis serpihan daripada masuk ke mata anda.

Kredit Boston Herald

Kening yang terletak di atas mata berfungsi dengan kelopak mata dan bulu mata sebagai alat untuk melindungi mata anda.

Secara fizikal, kening bertujuan untuk membantu memastikan mata sentiasa bersih dan jelas. Kening membantu mengurangkan kelembapan dari peluh dan hujan pada mata supaya kita dapat mengekalkan penglihatan kita.

Sementara itu, kening juga boleh mengurangkan jumlah cahaya yang masuk ke mata secara terus.

Kening penting untuk pengecaman muka

Terdapat penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Vision pada Jun 2013 yang menyatakan bahawa keluarga dan rakan-rakan anda tidak akan mengenali diri anda tanpa bulu kening.

Selain itu, terdapat banyak kajian yang menunjukkan betapa pentingnya kawasan mata bagi proses pengecaman muka.

Kredit Khaleej Times

Beberapa penyelidik telah mengkaji hubungan relatif mata, kening dan kawasan mata dalam pengecaman muka, menurut California State University di Fullerton.

Para peserta dalam kajian diminta untuk membandingkan dua muka sama ada ia adalah orang yang sama atau berbeza.

Majoriti peserta tidak menyedari bahawa kedua-dua gambar itu adalah orang yang sama setelah kening mereka dipadam secara digital.

Apa kaitan kening dengan cara berkomunikasi?

Kening adalah salah satu kunci kepada komunikasi bukan lisan yang dapat membantu dalam membuat ekspresi muka.

Kening boleh membantu kita dalam menunjukkan emosi, sebagai contoh ialah sewaktu anda mengangkat sebelah daripada kening anda.

Kredit Shutterstock

Mengangkat kening sebelah adalah bertujuan untuk menyatakan keraguan atau minat seseorang.

Jika anda mengangkat kedua-dua kening, ia menyatakan perasaan terkejut. Cara ini boleh membantu orang lain untuk memahami apa yang difikirkan berdasarkan cara hanya melihat ke arah matanya.

Bentuk, warna dan ketebalan kening adalah perkara yang boleh diwarisi

Para saintis telah membuktikan bahawa bentuk, warna dan ketebalan bulu kening adalah sifat yang boleh diwarisi.

Dalam satu kajian utama pada 2015, saintis mendapati terdapat hubungan yang kukuh antara warisan gen tertentu dengan penampilan kening seseorang.

Kredti AFP

Empat gen yang berasingan boleh menjejaskan tekstur bulu kening, satu gen boleh menentukan bentuk kening, lima gen boleh mempengaruhi warna bulu kening.

BACA: Digelar Sebagai Bapa Bom Atom, Ini Latar Belakang Ringkas Oppenheimer

Namun begitu, faktor persekitaran juga mempunyai banyak kaitan dengan penampilan kening anda.

Menggunakan kaedah ‘waxing’ secara bertahun-tahun boleh menjejaskan bentuk kening secara kekal. Kecederaan pada kulit berhampiran kening juga boleh menjejaskan pertumbuhan bulu dan bentuk kening.

Sumber: Healthline, The Eye News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.