Siakap Keli
1975 batalkan indonesia taiwan
Gambar: Tolga Akmen / AFP & Instagram We The Fest

The 1975 Batalkan Persembahan Di Indonesia & Taiwan

The 1975 Batalkan Persembahan Di Indonesia & Taiwan

Kumpulan muzik, The 1975 memaklumkan bahawa konsert seterusnya kumpulan tersebut di Indonesia dan Taiwan secara rasmi dibatalkan.

Pengumuman itu dimaklumkan oleh pihak penganjur, We The Fest (WTF) 2023 dalam satu kenyataan di Instagram rasmi miliknya.

The 1975 Batalkan Konsert Di Indonesia & Taiwan

“Kumpulan 1975 dengan rasa kesal memaklumkan bahawa persembahan berikutnya di Indonesia dan Taipei tidak akan dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan.

“Kumpulan ini tidak pernah mengambil keputusan untuk membatalkan persembahan begitu sahaja dan tidak sabar untuk membuat persembahan untuk peminat di Jakarta dan Taiwan.

“Tetapi, malangnya berikutan keadaan semasa, nampaknya mustahil untuk meneruskan persembahan mengikut perancangan,” maklum penganjur itu dalam satu kenyataan.

Penganjur itu juga mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana memahami dan sentiasa memberikan sokongan.

Untuk makluman, konsert kumpulan tersebut sepatutnya berlangsung pada 21 hingga 23 Julai di Kompleks Sukan GBK, Senayan, Jakarta di Indonesia.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WE THE FEST (@we.the.fest)

Konsert Good Vibes Festival di Malaysia Batal

Sebelum ini, konsert di Good Vibes Festival telah dibatalkan susulan kekecohan yang ditimbulkan oleh The 1975.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata pihaknya kesal dengan ahli kumpulan tersebut yang gagal memberikan kerjasama yang baik.

BACA JUGA: PUSPAL Tak Benarkan Penyertaan The 1975, Tetapi Pengurus & Penganjur Buat Rayuan

Berikutan itu, Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) telah membuat laporan polis terhadap kumpulan The 1975 dan pihak penganjur.

Tambah KKD, mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan provokasi sewaktu sedang melakukan persembahan di negara ini.

Sementara itu, pihak penganjur telah memberi jaminan dan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden tersebut.

“Ketika permohonan dibuat, pihak penganjur telah memberi jaminan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan artis tersebut,” tulis kenyataan itu.

Difahamkan, persembahan oleh ahli kumpulan luar negara itu berlangsung di Good Vibes Festival di Sepang.

Sumber: Instagram We The Fest

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.