Siakap Keli
penyertaan the 1975 puspal jun
Kredit: Astro Awani

PUSPAL Tak Benarkan Penyertaan The 1975, Tetapi Pengurus & Penganjur Buat Rayuan

PUSPAL Tak Benarkan Penyertaan The 1975, Tetapi Pengurus & Penganjur Buat Rayuan

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, penyertaan kumpulan ‘ The 1975’ dalam Good Vibes Festivals (GWF) 2023 sebenarnya tidak diterima JK-PUSPAL, Jun lalu.

JK-PUSPAL merujuk kepada Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara.

Bagaimanapun, pihak penganjur pada Julai telah membuat rayuan dan meminta agar kumpulan berkenaan dibenarkan membuat persembahan dengan syarat-syarat ditetapkan.

“Sebenarnya saya ada jemput pihak PUSPAL untuk memberi taklimat apa yang berlaku. Pada Jun lalu, PUSPAL memaklumkan mereka tidak menerima penyertaan band The 1975 dari United Kingdom.

PUSPAL tak benarkan, tetapi penganjur dan pengurus buat rayuan minta The 1975 dibenarkan buat persembahan

“Tapi pihak penganjur telah membuat rayuan pertengahan bulan Julai. Dalam surat rayuan itu mereka turut sertakan surat aku janji daripada pengurus kumpulan mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya, termasuk pengurus dan penganjur, terhadap persembahan tersebut,” jelasnya.

Fahmi juga menegaskan bahawa pembatalan GWF yang berbaki lagi dua hari adalah kerana untuk mengelakan kejadian yang sama daripada berulang.

BACA: Sarung Baju Hijau Putih, Kelibat Tun M Satu Pentas Dengan Pemimpin PAS Curi Tumpuan Ramai

Selain itu, beliau juga telah mengarahkan JK-PUSPAL untuk mengeluarkan senarai penambahbaikan berkenaan tatacara permohonan.

“Saya dah mengarahkan PUSPAL memberi kepada saya minggu depan, senarai penambahbaikan atau pembetulan, klarifikasi perlu dibuat sebarang tatacara permohonan dan proses memastikan tidak berulang masalah seperti ini.

“JK-PUSPAL dipengerusikan Ketua Setiausaha KKD, insya-Allah beliau akan menyediakan draf terbaharu untuk kita pertimbangkan untuk elak kejadian seperti ini berulang,” ujarnya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemu bual dalam Majlis Penyerahan Watikah Komuniti Madani Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada hari ini.

Terdahulu, KKD telah menfailkan laporan polis terhadap vokalis kumpulan The 1975 dan penganjur Good Vibes Festival.

Laporan tersebut dibuat atas kecuaian serta kegagalan pihak berkenaan untuk mematuhi syarat-syarat ditetapkan JK-PUSPAL. Difahamkan, laporan tersebut dibuat menerusi JK-PUSPAL.

BACA: Penantian Lebih 30 Tahun Terbalas, Bell Ngasri Bolot Dua Anugerah Berprestij

Sumber: Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma