Siakap Keli
Mat sabu sebak
Gambar: Astro Awani

“Dia Meninggal Masa Bertugas..,” Mat Sabu Sebak Kenang Jasa & Perjuangan Salahuddin

“Dia Meninggal Masa Bertugas..,” Mat Sabu Sebak Kenang Jasa & Perjuangan Salahuddin

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menyifatkan bahawa Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub menghembuskan nafas sewaktu masih dalam tugasnya.

“Dia meninggal dunia masa bertugas, bukan cuti.. tapi bertugas.” ujarnya sewaktu ditemui oleh wartawan pada pagi ini.

Dalam satu hantaran video Astro Awani, Mat Sabu yang berkaca mata hitam dan lengkap berpakaian serba putih kelihatan tidak dapat menahan sebak dengan pemergian rakan politiknya.

Dalam pada itu, Presiden Amanah itu turut berkongsi pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi semalam.

“إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Malam ini adalah malam yang paling menyedihkan buat seluruh ahli dan penyokong Parti Amanah Negara.

“Lebih kurang jam 9.23 malam tadi, Timbalan Presiden kami, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah Darul Aman.

“Kenyataan lanjut dari Datuk Seri Presiden Amanah akan menyusul nanti,” maklumnya.

Tambah Ahli Parlimen Kota Raja itu, beliau memohon semua ahli dan penyokong Amanah agar mendoakan kebaikan Allahyarham.

BACA JUGA: Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

“YB Datuk Seri Presiden ingin berpesan kepada semua ahli dan penyokong Amanah supaya bersabar dengan ujian ini.

“Dan mendoakan roh Allahyarham Timbalan Presiden Amanah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta amal baktinya diterima di sisi Allah SWT.

“اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.

Untuk makluman, Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada 9.23 malam semalam pada umur 61 tahun, lapor Bernama.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Fatiha Salahuddin menerusi kenyataan di laman Facebook.

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” maklumnya.

Difahamkan, Allahyarham dikejarkan ke wad kecemasan HSB bagi mendapatkan rawatan. Ia berikutan Allahyarham mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Sumber: Astro Awani, Facebook 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?