Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelaburan Emas: 5 Tips Untuk Memulakan Pelaburan Berkilau Anda!

Emas merupakan warisan gemerlapan yang merentasi sejarah dan fesyen. Aset bernilai ini mempunyai tarikan tersendiri kepada warisan turun-temurun. Tiada masa yang lebih baik daripada hari ini untuk anda mula menjinakkan diri dengan ilmu mengenai pelaburan sepanjang zaman ini. HABIB kongsikan beberapa perkara penting yang anda wajib tahu sebelum memulakan pelaburan berkilau anda.

1.Terokai Karat Sebagai Ukuran Ketulenan Emas

Barangan kemas emas merupakan lambang keanggunan, yang menggunakan Karat (K) sebagai ukuran. Lebih tinggi nilai Karatnya, lebih tinggilah kandungan emas tersebut dengan nilai maksima 24K. Emas 24K yang juga dikenali sebagai emas 999 adalah kandungan paling tulen yang terkenal dalam penghasilan jongkong, wang dinar dan syiling emas.

Bagi meningkatkan ketahanannya, kandungan ini dicampur dengan aloi yang lain seterusnya menghasilkan nilai seperti emas 22K ataupun 916, yang sering menjadi kegemaran pencinta barangan kemas emas. Emas ini mengandungi 91.6% emas dan campuran aloi untuk kekuatan tambahan. Tersedia secara eksklusif di HABIB, Koleksi Oro Italia 916® yang ditawarkan dalam rekaan pelbagai, dengan sentuhan serta ketukangan terbaik dari Itali.

Kemahiran menilai ketulenan emas dapat membantu anda untuk menentukan jenis barangan kemas pilihan anda. Ambil kira mengenai sesuatu yang paling bermakna dan simbolik untuk anda laburkan. Terdapat individu yang lebih gemar rekaan minimalis yang boleh digayakan secara berlapis, malah ada juga yang memilih rekaan yang lebih besar dan menonjol, bergantung pada gaya dan pilihan peribadi.

Kenalpasti rekaan yang memenuhi citarasa anda – reka bentuk klasik cenderung kepada penampilan kekal abadi, manakala gaya yang lebih trendy seiring dengan peredaran zaman dalam dunia fesyen.

2. Serlahkan Gaya dan Personaliti Tersendiri dengan Rekaan Idaman!

Rundingan daripada pakar professional adalah penting untuk anda memahami dengan lebih lanjut mengenai barangan kemas yang ingin diperolehi. HABIB sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan dan konsultasi secara percuma untuk pelanggannya. Berpegang teguh pada salah satu nilai teras jenamanya, ‘World Class For Less’, HABIB berusaha untuk memenuhi permintaan pelanggannya dan memberikan mereka pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan.

3. Perolehi Barangan Kemas Daripada Jenama YangDipercayai

Semestinya, kunjungi jenama yang bereputasi! HABIB, jenama barangan kemas tempatan, menjamin mutu serta kualiti produk dan perkhidmatan yang terbaik. Pelbagai reka bentuk ditawarkan, merangkumi kilauan dan kemasan yang berlainan, dengan lingkungan harga yang berbeza bagi memenuhi citarasa setiap pelanggan.

Luangkan lebih masa untuk meneliti, kemudian anda nilai sendiri kualiti dan kekemasan setiap rekaan. Menetapkan bajet terlebih dahulu dapat menjimatkan masa anda untuk memilih barangan kemas pilihan.

4.Dapatkan KonsultasiDaripada Pakar

Setiap barangan kemas memerlukan penjagaan dan perhatian yang teliti. Bagi memastikan kilauan yang berkekalan, penting untuk anda menanggalkan barangan berharga anda sebelum tidur, dan menyimpannya dengan baik di dalam kotak barangan kemas secara berasingan.

Selain itu, elakkan sentuhan langsung dengan bahan yang mengandungi kimia seperti losyen dan minyak wangi, kerana bahan bahan ini yang berpotensi untuk mengurangkan seri emas anda. Tips-tips penting ini memainkan peranan bagi mengekalkan kilauan barangan kemas yang mempesonakan.

5. Penjagaan Rapi untuk Barangan Kemas Anda

Kempen Pelaburan Emas HABIB kini sedang berlangsung di bilik pameran seluruh negara. Kunjungi bilik pameran berdekatan anda dan jangan lepaskan peluang untuk meneroka keindahan emas! Perkhidmatan seperti jual beli barangan kemas lama kepada yang baharu serta menukarkan emas kepada tunai turut ditawarkan di HABIB. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti media sosial rasmi @habibjewelsofficial di Instagram dan Tiktok serta Facebook@HABIB.