Siakap Keli
Bantuan Khas RM 300 Penjawat Awam
Gambar: Bernama

Bantuan Khas Penghargaan RM 300 Untuk Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah – PM

Bantuan Khas Penghargaan RM 300 Untuk Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah – PM

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat pada pagi tadi

Dalam pelancaran tersebut, salah satu intipati yang ditekankan beliau termasuklah bantuan khas penghargaan RM300 untuk penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

“Kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara Kerajaan.

“Ia termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya.

Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam melihat kepada kemampuan kewangan.

Dalam masa yang sama, kajian terhadap gaji dan elaun juga diperincikan.

“Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi Madani, memberikan perkhidmatan terbaik sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan,” maklumnya.

BACA JUGA: Amirudin Bakal Kekal MB Selangor – PM

Selain itu, Anwar turut memaklumkan kerajaan menambah baik skim pinjaman di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000.

Jaminan 120 peratus akan membolehkan semua kos-kos pemilikan rumah ditampung melalui pinjaman termasuk jumlah pembiayaan pokok, yuran guaman, yuran penilaian dan insurans serta pembelian perabot dan kos ubahsuai.

Sehubungan itu, jaminan Kerajaan sehingga RM5 bilion akan disediakan.

Untuk makluman, Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat merupakan wadah yang mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.

Rencana ini bagi memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

Ia juga membincangkan isu-isu jangka panjang terkait daya saing dan daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

Bukan sahaja itu, kerajaan mengambil berat dalam isu-isu semasa yang perlu segera ditangani seperti kenaikan kos sara hidup yang mengesankan rakyat.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?