Siakap Keli
benci jatuh cinta

Betul Ke Mula Benci Lama-lama Jatuh Cinta? Drama Ni Mungkin Ada Jawapannya

Betul Ke Mula Benci Lama-lama Jatuh Cinta? Drama Ni Mungkin Ada Jawapannya

Korang pernah tak mula-mula tu benci seseorang, tapi lama-lama jatuh cinta? Entah-entah dah jadi pasangan hidup kan sekarang. Walaupun agak pelik, tapi sebenarnya ramai yang bertemu jodoh daripada situasi tersebut. Tapi bila fikirkan balik, betul ke dari benci, lama-lama boleh jatuh cinta?

Ada ke jawapan yang tepat untuk menggambarkan situasi ini? Bila difikirkan balik, macam dalam drama pulak kan. Tapi sebenarnya memang ada siri yang sedang ditayangkan mengenai seorang lelaki yang tegas dengan seorang perempuan yang acah-acah diva. Siri ini melibatkan seorang pegawai Kor Suksis di sebuah universiti dengan seorang pelajar yang daripada latar belakang keluarga jutawan.

Memandangkan tajuk siri ini mengenai percintaan, apa agaknya yang bakal terjadi kepada kedua-dua watak ini? Adakah mereka akan bersatu? Jika bersatu, memang benarlah situasi mula-mula benci, lama-lama jatuh cinta.

Drama “Best” Wajib Layan, I Love You, Stupid

Eh, ni bukan min tengah luahkan perasaan tau, tapi nak kongsikan siri terbaru daripada platform penstriman Viu iaitu I Love You, Stupid. Siri ini mengangkat kisah seorang anak jutawan yang masih mencari jawapan mengenai hatinya. Namun, perwatakan gadis ini agak keterlaluan sehingga sanggup mengorbankan sesiapa sahaja untuk kepentingan diri sendiri.

5 Sebab Kena Layan I Love You, Stupid

Nak tengok drama bersiri ni mestilah kena ada faktor-faktor yang menarik kan. Kalau tak menarik, episod pertama pun dah jadi malas nak tengok. Tapi untuk siri I Love You, Stupid ni, korang mesti tak sempat nak rasa bosan. Nak tahu sebab apa, ni min nak senaraikan.

Jalan cerita yang menarik

Min tak boleh nak cerita panjang tentang jalan cerita, tapi yang min boleh kongsikan yang jalan cerita I Love You, Stupid ni memang berbeza dari yang lain. Apa tidaknya, seorang gadis yang agak ‘diva’, ditembungkan dengan seorang pegawai yang tegas, memang macam-macam lah jadinya. Siap ada konflik pegawai tersebut dituduh memperkosa dirinya lagi.

Dibintangi pelakon hebat

Yang memainkan watak dalam siri ni pun bukan calang-calang, pasti korang dah kenal sangat dengan MK K-Clique kan. Bayangkan MK bawa watak seorang pegawai yang sangat tegas, tapi dipertemukan dengan gadis yang ‘diva’. Selain MK, Ezzanie Jasny pula membawakan watak Iris, seorang wanita yang keras kepala, tidak suka jika hidupnya diatur dan dikongkong serta mempunyai peraturan sendiri dan tidak ingin mendengar nasihat orang lain.

Kisah yang diadaptasi dari novel terkenal

Korang sendiri pun tahu, kalau drama yang diadaptasi dari novel memang selalunya menarik. Bukan apa, penulisan novel ni ada kreativiti yang tersendiri dalam setiap langkah mengolah karya-karyanya. Jadi, bila ceritanya yang dahulunya dibaca dan kini boleh ditonton, pasti ramai yang berminat. Kalau korang nak tahu, novel berjudul I Love You, Stupid ini adalah hasil tulisan Allahyarhamah Melur Jelita.

Boleh tengok percuma

Siri ni sebenarnya korang boleh layan percuma di laman web penstriman Viu. Sehingga kini telah ada sehingga 8 episod yang telah dimuat naik dan setiap episod berdurasi sekitar 40 minit. Tapi jaga-jaga, takut korang tak sempat nak buat kerja lain sebab siri terbaru ni sangat mengasyikkan. Kalau nak tengok tanpa ada gangguan iklan, korang kena langgan Viu.

Nak tahu apa kesudahannya

Bila dah dapat bayangan tentang siri terbaru di Viu ni, mesti korang nak tahu kan apa kesudahannya. Dari seorang pegawai yang tegas dan seorang wanita yang memiliki sifat ‘diva’, bagaimana dengan pengakhiran kisah cinta mereka kan? Jadi, bila korang dah tertengok episod pertama, mesti dah berjangkit nak tengok episod seterusnya sampai habis.

drama "best" wajib layan

Drama adaptasi novel popular ini juga dibintangi pelakon-pelakon terkenal lain seperti Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati, Fareez Fauzi dan ramai lagi.

Drama siri I Love, You Stupid ini mengisahkan tentang pertemuan pertama yang buruk antara Iris dan Inspektor Ebrahim apabila godaan Iris terhadap Inspektor Ebrahim untuk elak dari disaman tidak dilayan.

Mereka kemudian bertemu kembali di akademi di mana Inspektor Ebrahim bertugas sebagai pelatih. Gaya tegas dan berlagak Inspektor Ebrahim membuatkan Iris menyampah dan bertekad untuk membalas dendam sehingga menuduh Inspektor Ebrahim memperkosanya di hadapan semua orang. Kerana ego, Iris tidak meminta maaf sehingga tamat latihan.

Cuba untuk membuka lembaran baru, Iris menyertai misi kemanusiaan bersama teman lelakinya, Dr Aidan dan seorang lelaki bernama Firman telah diupah untuk menjaga Iris sepanjang Iris di sana.

Kalau korang nak tahu kisah apa lagi yang jadi antara Iris, Inspektor Ebrahim dan lelaki bernama Firman, jom layan ‘I Love You, Stupid’ pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, hanya di Viu.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus layari platform penstriman Viu ataupun Facebook Viu Malaysia.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.