“Saya Dulu Tak Merasa”, Youtuber Belanja RM50k Untuk Majlis Hari Lahir Anak
Setiap tahun, sudah semestinya kita akan ternantikan satu sambutan terpenting yang hanya tiba sekali setahun iaitu hari lahir.
Hari lahir biasanya simbolik kepada sambutan sifat semula jadi manusia yang mana, usianya akan meningkat dari satu tahun ke tahun.
Sambutan ini juga melambangkan sifat manusia yang dinamik, iaitu sentiasa berubah dari satu titik ke titik yang lain.
Pada hari yang istimewa itu, biasanya ahli keluarga dan rakan-rakan akan berkumpul dan meraihkan hari istimewa tersebut bersama-sama.
Dalam sambutan hari lahir, jamuan kecil seperti memotong kek, menjamu selera dan bertukar-tukar hadiah merupakan perkara yang biasa dilakukan dalam sambutan ini.
Sungguhpun begitu, pasangan Youtuber telah membawa acara hari lahir anaknya ke tahap yang berbeza.
Menurut Gempak, seorang penggiat Youtube (Youtuber) dari Malaysia, Jasmine dan Kvin telah membelanjakan kira-demi RM50k untuk meraikan sambutan hari lahir anak mereka.
Difahamkan, anak lelakinya, Enzo baru sahaja berusia satu tahun. Bagi meraikan hari lahir anaknya buat kali pertama, Jasmine dan suami telah mengadakan sebuah sambutan hari lahir secara besar-besaran.
Majlis tersebut telah diadakan di sebuah villa dan dilengkapi dengan sistem bunyi, bahagian pencuci mulut dan juga mesin claw.
Selain itu, terdapat juga tempat permainan kanak-kanak untuk rakan-rakan anaknya bermain.
Menerusi Instagram Story milik penggiat Youtube tersebut, sambutan berkenaan menelan belanja sebanyak RM50,000.
Kos-kos yang ditanggung termasuklah kos menghasilkan dekorasi (RM30,000), bufet (RM3,000), kereta buggy (RM1,500), gula-gula kapas (RM300), mesin claw (RM1,000).
Selain itu, kos berkenaan juga bagi membeli hadiah-hadiah (RM2,000), kos menginap selama tiga hari di villa (RM6,600), jurugambar (RM2,000) dan anak patung (RM1,000).
“Saya masih ingat wang saya ditolak daripada akaun, dan ia sekitar RM50,000,” ujar Jasmine.
Jelasnya, perkara tersebut langsung tidak pernah terlintas di fikirannya ketika merancang majlis untuk hari lahir anaknya.
Pada awalnya, Jasmine hanya mahu menjemput rakan-rakannya sahaja ke majlis tersebut. Namun begitu, penggiat kandungan Youtube itu telah mengubah fikiran kerana mahu memberikan pengalaman terbaik buat anaknya.
“Sebab saya tak pernah rasa sambutan (hari jadi) yang besar, dan ia sekali seumur hidup, jadi saya putuskan untuk adakan buat Enzo,” kata Jasmine lagi.
BACA: Ibu Bapa Bimbang Silibus Sekolah Terlalu Sukar, Hantaran FB Ini Tarik Perhatian Maszlee Malik
Sumber: Astro Gempak & jasmine.y____ via Instagram