Siakap Keli
silibus sukar facebook maszlee malik
Kredit: Facebook

Ibu Bapa Bimbang Silibus Sekolah Terlalu Sukar, Hantaran FB Ini Tarik Perhatian Maszlee Malik

Ibu Bapa Bimbang Silibus Sekolah Terlalu Sukar, Hantaran FB Ini Tarik Perhatian Maszlee Malik

Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Prof Dr. Maszlee Malik berkongsi satu hantaran Facebook mengenai silibus pembelajaran pada masa ini yang disifatkan terlalu sukar.

Menerusi salah satu hantaran Facebooknya, beliau turut berkongsi beberapa tangkap layar yang merupakan coretan seorang pengguna Facebook.

Hantaran yang dikirim menerusi akaun Amirul Faiz tersebut telah menarik perhatiannya. Beliau kemudian berharap  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengambil kira sudut pandang pengguna tersebut.

Silibus sukar, hantaran FB tarik perhatian Maszlee Malik

“Menarik sudut pandang Amirul Faiz ini. Mungkin agak elok juga pihak berkenaan di KPM undang Amirul Faiz dan mereka yang seumpamanya untuk mendapatkan pandangan beliau.”

Secara ringkasnya, hantaran Amirul Faiz tersebut berkisarkan mengenai silibus pelajaran, khususnya Matematik dilihat agak sukar untuk diterima bagi para murid pada masa ini.

Jelasnya, ada seorang pegawai KPM sebelum ini telah mencabarnya untuk membandingkan silibus Malaysia dengan silibus-silibus di luar negara.

Amirul Faiz telah menyahut cabaran tersebut dengan membuang perbandingan dengan silibus Singapura dan United Kingdom.

Difahamkan, silibus dari kedua-dua negara tersebut dikatakan agak ‘mirip’ dengan silibus pembelajaran yang digunakan di Malaysia.

Dalam pembandingan tersebut, pengguna Facebook hanya memberikan satu topik sahaja iaitu wang.

“Singapura dan UK cuma memasukkan topik wang berkaitan operasi dalam darjah 1-3. Sedangkan di Malaysia darjah 1-6 ada diterapkan topik wang…. Nampak macam hebat kan?”

Berdasarkan coretan tersebut, ketika murid-murid memasuki darjan 4, silibus yang dipelajari mereka didakwa menjadi carca marba.

Terdapat beberapa topik yang kelihatan agak aneh seperti pelaburan, pengurusan kewangan, asset dan liabiliti. Ia termasuklah topik tanggungjawab dan matawang asing yang disertakan di dalam silibus.

“Cuba bandingkan dengan negara lain, semuanya melibatkan operasi tambah, tolak, baki, penyelesaian masalah jual-beli, tukaran ke sen dan pelbagai operasi asas yang lain. Inilah dinamakan fundamental. Bukannya topik pengurusan, tanggungjawab, kenali dan pertukaran mata wang asing, dan istilah kewangan,” luah hatinya.

Penerapan silibus yang terlalu sukar ini juga boleh dilihat dalam silibus murid-burid di peringkat sekolah menengah.

Amirul Faiz berkata, topik-topik seperti SMART, ROI (return of investment), Takaful, Insuran dan sebagainya turut diterapkan dalam silibus.

“Kalau ada yang minat Alhamdulillah, tapi jangan pandang sebelah mata. Jangan disebabkan anak bijak matematik, kamu memperlekehkan pelajar lain yang lemahnya terlalu ramai.

“Minat mereka pada Matematik semakin pudar, oleh kerana topik-topik karut macam ni di sekolah,” tegas Amirul Faiz.

BACA: Pakailah Sabun Warna Apa Pun, Buih Tetap Warna Putih, Kenapa? Ini Jawapannya

Sumber: Amirul Faiz & Maszlee Malek via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma