Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Kongsi Detik Bapa 60-an Terperangkap Dalam Lif, Jadi Perhatian

bapa 60-an lif
Gambar: AI/ImageFX

Wanita Kongsi Detik Bapa 60-an Terperangkap Dalam Lif, Jadi Perhatian

Sebagai seorang anak, lebih-lebih lagi anak perantau, antara perkara yang paling merisaukan sudah tentu keadaan ibu dan bapa yang semakin berusia.

Kadang-kadang, satu panggilan telefon yang masuk pada waktu tidak dijangka pun sudah cukup membuatkan jantung berdegup kencang. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan orang tua kita.

Itulah yang dirasai oleh seorang wanita apabila bapanya terperangkap di dalam lif dalam satu kejadian yang mencemaskan.

Namun apa yang berlaku selepas beliau berjaya diselamatkan ternyata membuatkan ramai netizen terhibur.

Detik cemas lif menjunam dari level 5 ke level 2

Menerusi satu perkongsian yang tular di Threads, wanita tersebut menceritakan bapanya yang berusia lebih 60 tahun terperangkap di dalam lif selepas lif berkenaan dikatakan bergerak dari tingkat lima sebelum menjunam ke tingkat dua.

Menurutnya, bapanya berada dalam lif itu selama hampir 30 minit.

Sudah tentu seluruh keluarga berada dalam keadaan cemas, apatah lagi apabila mengetahui lelaki itu mula berpeluh dan kelihatan tertekan akibat kejadian tersebut.

Mujur bapanya membawa telefon bimbit bersama dan sempat menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan apa yang berlaku.

"Bapa aku terperangkap dalam lif. Lif dari level 5 terus menjunam ke level 2. Dekat 30 minit juga. Punyalah cemas kitorang sebab dia dah berpeluh semua. Bapa aku 60 tahun+ by the way. Luckily, he brought his phone with him and managed to call us. Alhamdulillah," tulisnya.

Selepas menerima panggilan kecemasan itu, keluarga wanita tersebut segera menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Menurutnya, pasukan bomba dari Putrajaya bertindak dengan sangat pantas dan tiba di lokasi dalam tempoh kira-kira 10 minit sahaja.

Tidak lama kemudian, bapanya berjaya dikeluarkan dengan selamat.

"We called bomba. Bomba Putrajaya pantas betul! Dalam 10 minit macam tu je sampai. Long story short, bapa aku berjaya diselamatkan," tambahnya.

Keluarga cemas lagi, bapa masih nak teruskan 'plan'

Mengejutkan, selepas mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba yang membantu, si bapa bukan terus pulang ke rumah atau berehat.

Lepas terima kasih apa semua tu, tahu tak beliau pergi turun semula? Ke mana?  

KE SURAU!

“Tak solat Maghrib lagi ni.”

Ya Allahhhhhhhhhh, memanglah tujuan asal tu nak pergi berjemaah dekat surau bawah tapi bapakkkk ohhhh bapakkkkkkk, baru je lepas went through a traumatic event, boleh pula buat macam just BAU.

"Geram betul..."

Perkongsian itu turut mengundang tawa ramai apabila wanita berkenaan meluahkan rasa geram terhadap sikap bapanya yang disifatkan cukup degil.

Lebih mencuit hati, dia sempat berpesan supaya bapanya menggunakan tangga dan bukannya lif untuk turun ke surau selepas kejadian tersebut.