Siakap Keli
campur minyak hijau kuning
Kredit: pakcikshell/Instagram

Boleh Ke Campur Minyak Kuning Dan Hijau? Ini Jawapan Pakcik Shell

Boleh Ke Campur Minyak Kuning Dan Hijau? Ini Jawapan Pakcik Shell

Mungkin ada antara kita pernah terdengar ungkapan sebegini, “Jangan campur minyak kuning dan hijau, tak elok untuk enjin.”

Perkara tersebut membuatkan pengguna, selalu berjaga-jaga dalam untuk membuat pemilihan semasa mengisi bahan api itu di stesen minyak.

Secara tidak langsung, ramai yang percaya tanpa mengetahui kebenaran di sebalik dakwaan tersebut, dengan hanya mengisi minyak satu jenis RON sahaja.

Walau bagaimanapun, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husian, akhirnya tampil memberi penerangan lengkap berkaitan perkara tersebut.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Huzani Husian atau lebih dikenali Pakcik Shell menjelaskan campuran minyak dan turut berkongsi cara yang selalu digunakan kepada orang ramai.

Jelasnya, pengguna boleh mencampurkan minyak hijau dan kuning namun minyak kuning itu perlu dihabiskan penggunaan sebelum mengisi minyak hijau.

Kredit: pakcikshell/Instagram

“Boleh tak kalau kita nak campur minyak hijau dan juga minyak kuning dalam tangki yang sama?

“Boleh je, tapi kalau saya, saya buat cara lain. Selepas guna minyak kuning, dua, tiga atau empat kali. Gunakan sampai habis dahulu (RON95),” katanya.

Tambahnya, cara ini membantu kesan pembersihan yang ada pada RON97 bertindak secara efektif untuk mencuci.

Apabila minyak kuning itu digunakan sehingga habis penggunaannya, barulah kesan cuci itu berkesan kepada enjin.

“Kemudian baru isi minyak hijau. Kerana minyak hijau ini, selain daripada RON yang tinggi, ia ada kesan pembersihan.

“Bila guna sepenuhnya, baru kesan pembersihan itu sangat berkesan. Itulah caranya,” terangnya.

Dalam pada itu, Pakcik Shell turut mengatakan hanya campuran minyak kuning dan hijau sahaja dibenarkan dalam penggunaan kereta.

Manakala, diesel tidak boleh dicampur dengan minyak hijau dan kuning.

BACA: Pernah Kerja Cuci Pinggan Hingga Buka Shell Pertama Di India, Ini Kisah Disebalik Nama ‘Pakcik Shell’

Kata warga maya

Rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan cara yang digunakan oleh Pakcik Shell susulan melihat perubahan positif setelah melakukan perkara yang sama.

Mereka turut mengatakan penggunaan RON97 ini membantu dalam melancarkan enjin walaupun harganya sedikit mahal berbanding minyak kuning.

“Saya selalu buat macam pakcik ajar ni. Sekali seminggu mesti guna RON97 secara penuh untuk bersihkan enjin motor,” komen netizen.

“Betul. Saya pun buat macam itu. Sesekali saya guna RON97 untuk pembersihan,” kata warga maya.

“Oh betullah selama ini saya buat, terima kasih atas penerangan kemas pakcik,” tambah mereka lagi.

Sumber: pakcikshell/Instagram

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.