Siakap Keli
ayam kena pukau
Kredit: Leong Hup International.

Kenali Teknik Hipnosis, Cara ‘Pukau’ Ayam Agar Diam Tak Bergerak

Kenali Teknik Hipnosis, Cara ‘Pukau’ Ayam Agar Diam Tak Bergerak

Pernah tak dengar, kita boleh melakukan sesuatu untuk memukau ayam? Bayangkan, haiwan berkaki dua yang sering berlari apabila manusia mendekatinya boleh dipukau dan berdiam diri.

Sebenarnya, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kebanyakan (tidak semua) haiwan boleh dipukau atau dipanggil hipnosis dan satu penyelidikan menunjukkan bahawa hipnosis sememangnya fenomena semula jadi dalam alam haiwan.

Haiwan tersebut cenderung untuk dihipnosis kerana sifat tersebut merupakan sifat yang diwarisi daripada genetik, tetapi sebahagiannya juga ditentukan oleh cara pembesaran haiwan.

Bagaimana ayam boleh dipukau?

Sesetengah kaedah memerlukan untuk meletakkan ayam secara perlahan-lahan di bahagian sisinya yang membuatkan satu sayap berada di bawah badannya, kemudian memegangnya dengan  satu tangan.

Ada juga yang melakukan kaedah lain seperti terbalikkan ayam tersebut, di mana bahagian kakinya dan perutnya menghadap ke hadapan.

Kredit: Portable Press

Bagaimanapun, sesetengah pakar mencadangkan supaya meletakkan jari di atas tanah, berdekatan dengan hujung paruh ayam dan melukis garis panjang berukuran empat inci.

Keadaan itu sama seperti hidung kartun Pinocchio, yang menunjukkan ia semakin panjang ke hadapan.

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menggerakkan jari ke hadapan dan ke belakang secara berulang untuk beberapa saat.

Dalam pada itu, ada juga pakar yang mengatakan bahawa dengan melukis bulatan di sekeliling kepala ayam adalah cara hipnosis yang paling berkesan.

Kaedah lain yang boleh digunakan adalah dengan membelai ayam di kepala dan lehernya dengan jari telunjuk. Bagaimanapun sekiranya kaedah itu tidak berkesan, kaedah lain masih lagi boleh digunakan.

BACA: Wanita Kongsi Resipi Ayam Palembang Yang Menggiurkan

Apa yang berlaku kepada ayam ketika hipnosis?

Ada sebab kenapa haiwan itu mudah untuk dipukau dengan hanya melukis satu garisan tegak, ia dikatakan membuatkan ayam itu membayangkan bahawa dirinya ‘dipegang’ oleh garis tersebut seperti belenggu yang tidak boleh dipecahkan.

Tonic Immobility (TI)

Kredit: Bitchin Chicken

Menurut pakar, kesan yang dialami oleh ayam itu dipanggil sebagai Tonic Immobility (TI).

Untuk pengetahuan, apabila haiwan menghadapi ancaman, badannya akan bertindak balas dengan cepat dan secara tidak sedar adalah untuk melindungi diri daripada bahaya.

Berdiam diri selama beberapa saat

Ayam tidak akan bergerak walaupun hanya sesaat, untuk menilai keadaan dengan pantas. Biasanya pilihan seterusnya sama ada melawan atau melarikan diri.

Ayam tersebut juga akan memilih untuk mematikan diri secara palsu, dan tindakan itu dikenali sebagai thanatosis.

Ia adalah tingkah laku anti-pemangsa yang digunakan oleh beberapa haiwan, termasuk oposum, labah-labah, ular dan juga ayam.

Thanatosis ialah satu bentuk TI di mana, keadaan lumpuh yang tidak disengajakan yang disebabkan oleh pengekangan fizikal.

Haiwan itu kemungkinan tidak dapat membezakan mana hal yang nyata (situasi sebenar), sambil kekal sedar dan tenang selama 30 saat hingga setengah jam.

Tindakan itu dianggap sebagai pilihan terakhir dalam siri strategi anti-pemangsa apabila haiwan berhadapan dengan bahaya dan bentuk pertahanan lain tidak dapat dilakukan.

Tindakan ayam ketika dipukau

Susulan melakukan kaedah tersebut, pernafasan dan degupan jantung ayam itu akan menjadi perlahan, malah suhu badannya mungkin akan turun beberapa darjah.

Ayam tersebut kemudiannya boleh dilepaskan dan ia akan berbaring dalam keadaan berkhayal selama beberapa saat, minit atau selama sejam untuk keluar dari pukauan itu.

Kredit: Wiki How

Untuk membangunkan haiwan itu daripada hipnosis tersebut, kita boleh melakukan cara tersendiri iaitu dengan menepuk tangan atau menyentuhnya dengan perlahan-lahan.

Walaupun hipnosis itu tidak mendatangkan bahaya kepada ayam namun elakkan melakukan sesuatu untuk mendedahkan haiwan itu kepada bahaya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hynoticworld, Portable press, Bitchin Chicken

BACA: Dah Ada Bunyi Tapi Mesin Basuh Tak Berputar, Rupanya Kena Tukar Benda Ni Je

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.